Wednesday, June 08, 2016

Hukum Berus Gigi Pada Bulan Puasa


Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin memaklumkan bahawa amalan bersugi sentiasa digalakkan tanpa mengira sama ada di bulan Ramadhan ataupun tidak.

Hukum Berus Gigi Pada Bulan Puasa.jpg

Menurut Dr. Asri, walaupun terdapat dakwaan yang mengatakan bahawa ubat gigi pada masa kini tidak boleh digunakan kerana mempunyai rasa tertentu, ia merupakan kenyataan yang tidak kukuh kerana kayu sugi pada zaman dahulu juga turut mempunyai rasa yang tersendiri.

“Selagi mana ia tidak masuk ke dalam perut dengan sengaja maka ia tidak membatalkan puasa.

“Islam menggalakkan bersugi (berus gigi) kerana ia mengelakkan bau busuk mulut seseorang,” katanya menerusi kemaskini status di laman sosial Facebooknya.

Dalam pada itu, Dr. Asri memaklumkan bahawa walaupun terdapat sabda Rasullullah SAW yang mengatakan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi ALLAH, namun ia tidak bererti orang yang berpuasa itu disuruh untuk membiarkan individu lain menghidu bau busuk dari mulutnya.

Ujar beliau, perkara ini akan menimbulkan perasaan tidak selesa kepada masyarakat bukan Islam terhadap Muslim yang berpuasa pada bulan Ramadhan serta boleh menghilang gambaran keindahan agama ini.

Dr Mohd Asri Zainul Abidin.jpg

“Maka pendapat yang menyuruh kita membiarkan bau busuk mulut semasa berpuasa tidak begitu kukuh dari segi sifat semulajadi ataupun naturality agama ini.

“Dengan menghormati perbezaan pendapat, namun realiti kehidupan yang mesra menolak pandangan tersebut,” katanya.

Oleh sebab demikian, Asri berharap agar masyarakat Muslim tidak menjadikan faktor bau mulut sebagai penyebab kepada keresahan orang lain terhadap individu yang berpuasa.

“Berpuasa dan bersugilah,” katanya.

BACA INI JUGA: 12 Kesilapan Umat Islam Dalam Bulan Ramadhan

Sumber: SH

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon