Wednesday, May 18, 2016

Tonton Sekuel Terbaru Transformers: The Last Knight


Tajuk terbaru filem kelima Transformers baru sahaja diumumkan dengan tajuk The Last Knight. Tajuk yang diumumkan agak mirip jika dibandingkan dengan filem kedua Batman arahan Christopher Nolan, The Dark Knight.

Transformers - The Last Knight

Transformers, arahan Michael Bay merupakan antara siri filem yang paling banyak menjana keuntungan di Hollywood.

Meskipun menerima kritikan negatif daripada peminat Transformers sejak dari awal pembikinan filem Transformers, keuntungan yang diterima oleh syarikat Paramount Pictures amatlah memuaskan.

Setakat ini, masih belum ada lagi info tentang plot terbaru filem Transformers ini memandangkan produksi filem terbaru hanya akan mula dijalankan pada 6 Jun 2016.

Filem ini dijangka akan mula ditayangkan di pada 23 Jun 2017.

Mark Wahlberg selaku pelakon utama bagi filem ini bakal berganding bersama Isabela Moner selaku heroin bagi filem ini.

Terima kasih kepada Paramount Pictures atas teaser pertama filem terbaru Transformers: The Last Knight.


-SENTIASAPANAS.COM

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon