Thursday, May 19, 2016

Tarikh Permulaan Puasa Bulan Ramadhan 2016


Tarikh permulaan puasa bulan Ramadhan bagi tahun 2016 masih tertakluk kepada pengumuman rasmi oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang akan mengumumkan dan menetapkan tarikh sebenar permulaan puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia nanti.

Ramadhan 2016

Seluruh umat Islam di Malaysia dijangka akan mula menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan tahun 2016 bermula pada 6 Jun 2016.

Menerusi rujukan terhadap senarai tarikh penting dalam Islam yang diterbitkan oleh Panel Pakar Falak Islam Jabatan Kemajuan Islam Malaysia seperti lampiran yang disertakan, 1 Ramadhan 1437 Hijrah adalah bersamaan dengan 6 Jun 2016.

Jadual dibawah merupakan pemakluman berhubung dengan perkara ini berdasarkan rujukan terhadap tarikh-tarikh penting dalam Islam untuk tahun 2016/1437-1438 Hijrah bagi Malaysia.

Tarikh Permulaan Puasa Bulan Ramadhan Di Malaysia 2016

Tarikh rasmi bagi permulaan puasa bulan Ramadhan 2016 akan dikemaskini (tertakluk kepada perubahan) sebaik sahaja diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad.

Selamat menyambut bulan penuh keberkatatan, bulan Ramadhan.

BACA INI JUGA: Kelebihan Puasa Sunat Enam Di Bulan Syawal

Sumber: Mysumber.com

1 comment

  1. Ramadan semakin menghampiri... sedar tak sedar dah hampit tengah tahun 2016 dah...

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon