May 20, 2016

Pesawat MS804 EgyptAir Dari Paris Ke Kaherah Terhempas!?

Sebuah pesawat milik syarikat penerbangan kebangsaan Mesir, EgyptAir dikhuatiri terhempas selepas didapati hilang daripada radar menara kawalan trafik udara tempatan.

MS804 EgyptAir

Menurut kenyataan rasmi syarikat tersebut menerusi laman sosial Twitter lewat pagi Khamis, pesawat penerbangan MS804 itu berlepas dari Paris, Perancis menuju ke ibu kota Mesir di sini.

EgyptAir dalam kicauan Twitter itu menambah, pihaknya akan mengemas kini perkembangan terbaharu mengenai keadaan pesawat jenis Airbus A320-200 tersebut dari masa ke semasa.

Ia mula berlepas dari terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Charles de Gaulle di Paris kira-kira pukul 11.09 malam pada Rabu (bersamaan 5.09 pagi pada Khamis waktu Malaysia).

Pesawat yang membawa 59 penumpang dan 10 orang anak kapal tersebut dikatakan hilang sekitar 16 kilometer sejurus memasuki ruang udara Mesir di timur Laut Mediterranean.

Syarikat itu menjelaskan, pesawat lenyap daripada radar ketika terbang pada ketinggian 37,000 kaki atau 11,000 meter dari paras laut pukul 2.45 pagi waktu Mesir (8.45 pagi waktu Malaysia).

MS804 EgyptAir [2]

Media melaporkan, pesawat dengan nombor pendaftaran SU-GCC itu telah pun tiga jam 40 minit terbang dan ia sepatutnya mendarat pukul 3.05 pagi waktu Mesir (9.05 pagi waktu Malaysia).

Naib Pengerusi EgyptAir, Ahmed Abdel mengesahkan tiada panggilan kecemasan diterima daripada pesawat tersebut dan pihaknya percaya ia mungkin terhempas ke kawasan laut.

Kementerian Penerbangan Awam Mesir dilaporkan mengerah pasukan pencari dan penyelamat ke lokasi terakhir pesawat dengan bantuan pihak berkuasa Greece.

BACA INI JUGA: MH370: Dr. Mahathir Dakwa CIA Rampas Pesawat!

Sumber: Mynewshub.cc/HAA

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon