May 22, 2016

Pentingnya Protein Dalam Proses Menurunkan Berat Badan

Pemakanan seimbang adalah perkara yang amat penting bagi mereka yang berhasrat untuk mengurangkan berat badan.

Sumber+Protein

Teknik ini termasuklah dengan pengambilan vitamin, karbohidrat dan zat-zat besi, namun begitu, teknik pemakanan seimbang tidak akan lengkap tanpa pengambilan protein yang secukupnya.

Mengapa protein?

Protein merupakan salah satu ejen yang membentuk sel-sel di dalam badan. Ia juga mempunyai manfaat lain seperti membantu meningkatkan metabolisme dalam proses pembakaran lemak.

Hal ini disebut oleh seorang pakar nutrisi yang menambah bahawa protein merupakan satu nutrisi yang lambat dicerna oleh tubuh badan kita.

Dengan ini, ia akan memanjangkan tempoh kita berasa kenyang. Secara tidak langsung, kita dapat mengurangkan amaun makanan yang diambil.

Di samping itu, protein turut membantu dalam proses membakar lemak dengan cara membekalkan tenaga kepada otot-otot kita.

Ia juga membantu untuk proses penghasilan otot. Dalam sehari, tubuh badan kita memerlukan sebanyak 15-25 peratus kandungan protein untuk membekalkan tenaga kepada tubuh badan kita.

Jumlah protein yang paling ideal untuk diambil dalam sehari adalah sebanyak 120-140 gram. Jumlah itu bersamaan dengan 1 potongan ayam dada yang sederhana tanpa kulit, sepotong daging merah rendah lemak, seekor ikan bersaiz sederhana.

Dengan berbekalkan amaun protein yang secukupnya, pemakanan yang seimbang boleh dilaksanakan. Selain daripada itu, pengamalan pengambilan whey protein juga membantu dalam proses menurunkan berat badan.

Whey protein datang daripada susu lembu yang diolah untuk menjadi tepung protein yang berkualiti tinggi. Ia mengandungi asid amino yang amat membantu untuk kesihatan tubuh.

Oleh itu, pengambilan protein yang mencukupi merupakan sebuah diet nutrisi amat penting untuh tubuh badan kita selain daripada vitamin, zat besi dan karbohidrat.

Akan tetapi pastikan anda tidak mengambilnya secara berlebihan kerana jika berlebihan, ia juga akan memberikan kesan sampingan yang tidak elok untuk tubuh badan anda.

Pengambilan makanan dan nutrisi yang seimbang dapat membantu dalam proses menurunkan berat badan.

BACA INI JUGA: Tidur Tanpa Pakaian Petua Kuruskan Badan?

Sumber: Kevin Zahri

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

1 comments so far

Baru tahu info ni... skrng mmg waktunya perlu jaga badan dan kesihatan... risau sbb ramai yg obesiti skrng ni...

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon