Friday, May 13, 2016

Pemandu Tanpa Lesen Akan Di Dakwa Serta-merta!


Tahukah anda bahawa, jika anda ditahan oleh polis kerana memandu tanpa lesen, anda akan terus didakwa di mahkamah atas kesalahan memandu atau menunggang tanpa lesen!

Nora+Danish+Kena+Saman
Gambar hiasan.

Memetik laporan The Sun Daily, tiada lagi kompromi diberikan kepada mereka yang memandu atau menunggang atas kesalahan tiada lesen, untuk dikenakan tindakan undang-undang.

Dilaporkan, polis telah menahan lebih daripada 630,000 pemandu atau penunggang yang tidak mempunyai lesen memandu yang sah sejak tahun 2014 dan 2015.

Mereka dikatakan sebagai penyumbang utama peningkatan kemalangan jalan raya pada setiap tahun.

Tindakan drastik itu diambil berikutan peningkatan kes memandu dan menunggang tanpa lesen sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Di bawah Seksyen 26 Akta Pengangkutan Jalan, mana-mana pengguna jalan raya yang didapati melakukan kesalahan itu boleh didenda sehingga RM1,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali.

Bagi mereka yang memandu tanpa perlindungan insurans pula boleh didakwa di bawah Seksyen 90 yang dikenakan denda sehingga RM2,000 atau tiga bulan penjara, atau kedua-duanya sekali.

Ketua Polis Trafik Persekutuan, SAC Mahamad Akhir Darus berkata, penguatkuasaan ini disasarkan bagi mendidik mereka tentang bahayanya memandu/menunggang tanpa lesen yang sah.

“Pemandu atau penunggang tanpa lesen ini tidak menjalani ujian atau latihan memandu secara formal. Maka mereka juga tidak tahu undang-undang trafik, tanda jalan atau pemanduan defensi.

“Justeru, mereka bukan sahaja membahayakan pengguna jalan raya yang lain bahkan diri mereka sendiri. Penguatkuasaan ini bukanlah mahu membebankan mereka atau mengutip keuntungan.

“Tetapi mahu mendidik. Pasukan polis merupakan agensi penguatkuasaan dan bukannya untuk mengaut keuntungan,” katanya.

BACA INI JUGA: Risiko Sambung Bayar Kereta Yang Ramai Tidak Tahu!

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon