Friday, May 20, 2016

Iklan Jawatan Kosong Malaysian Investment Developement Authority (MIDA) (31 Mei 2016)


Malaysian Investment Developement Authority (MIDA) mempelawa warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti di bawah.

MIDA

JAWATAN KOSONG
  1. PEMANDU KENDERAAN, GRED 1 (KONTRAK)

Syarat-syarat permohonan
  • Warganegara Malaysia (keutamaan kepada calon bekas tentera).
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  • Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu.
  • Memiliki lesen memandu Kelas D/E/E1/E2 yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)]; dan
  • Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan.

Sila muat turun syarat dan kelayakan di SINI.

Cara Memohon

Semua permohonan hendaklah dikemukakan secara online.

Sila mohon melalui:
  1. Sila layari www.mida.gov.my untuk maklumat lanjut dan membuat permohonan; atau
  2. Emailkan resume berserta salinan sijil-sijil kelayakan kepada ejawatan@mida.gov.my; atau
  3. Kemukakan resume berserta salinan sijil-sijil kelayakan kepada BPSM.

Maklumat lanjut, sila hubungi:
Ahmad Fadhli Zawawi
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Tel: 03-22632435
Email: ahmadfadhli@mida.gov.my

Tarikh Tutup Permohonan: 31 Mei 2016

Perihal MIDA Secara Ringkas

Diperbadankan sebagai sebuah badan berkanun di bawah Akta Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA), penubuhan MIDA pada tahun 1967 telah dijulang oleh Bank Dunia sebagai "pendorong yang diperlukan bagi tindakan penggalakan yang bertujuan, positif dan terselaras" yang diperlukan dalam pembangunan perindustrian Malaysia.

Hari ini, MIDA adalah agen Malaysia yang dinamik, canggih dan merupakan perintis dalam membuka sempadan baru di seluruh dunia.

MIDA membantu syarikat-syarikat yang berhasrat untuk melabur dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan, serta memudahkan pelaksanaan projek-projek mereka.

Pelbagai perkhidmatan yang disediakan oleh MIDA termasuk menyediakan maklumat mengenai peluang pelaburan, dan memudahkan syarikat-syarikat luar dalam mencari rakan usahasama.

Peranan MIDA adalah dalam membantu pelabur, wakil kanan dari agensi-agensi penting Kerajaan ditempatkan di ibu pejabat MIDA di Kuala Lumpur untuk membantu para pelabur mengenai dasar-dasar dan prosedur kerajaan.

Ini termasuk pegawai dari Jabatan Tenaga Kerja, Jabatan Imigresen, Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Alam Sekitar, Tenaga Nasional Berhad dan Telekom Malaysia Berhad.

BACA INI JUGA: 9 Laman Web Tempat Mencari Kerja Di Malaysia

CARIAN KERJA KOSONG SWASTA


Jobs by my.neuvoo

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon