Saturday, May 21, 2016

Iklan Jawatan Kosong Kolej FELCRA Berhad (31 Mei 2016)


Syarikat “Government Linked Company (GLC)” yang terlibat dalam aktiviti perladangan serta yang berkaitan dengannya, mempelawa individu-individu yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan sebagaimana berikut:

Jawatan Kosong Kolej FELCRA Berhad

Jawatan kosong
  1. KETUA EKSEKUTIF KOLEJ FELCRA BAND 7/KE3

Syarat Kelayakan Minimum
  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  • Memiliki Ijazah Sarjana dari Universiti yang diiktiraf oleh MQA dan/atau JPA dan calon yang memiliki Phd akan diberi keutamaan.
  • Memiliki pengalaman minimum 18 tahun pengalaman dalam bidang pengurusan pendidikan dan pentadbiran di Institut Pengajian Tinggi (Swasta atau Awam).
  • Mengurus atau membantu dalam urusan projek dan/ atau inisiatif bertaraf antarabangsa dalam apa-apa bidang (cth: Kerajaan, pendidikan, perubatan, pertanian).
  • Menghadiri program Pendidikan Eksekutif sebagai sebahagian daripada usaha peningkatan prestasi profesional.
  • Calon yang memiliki kelayakan profesional teknikal akan menjadi satu kelebihan (iaitu PMI,Ir., Ar.ACCA, CIMA dan lain-lain).
  • Peranan utama Ketua Eksekutif (KE) Kolej FELCRA adalah untuk membangunkan visi dan strategi dengan meletakkan kolej di barisan hadapan dalam arus inovasi pendidikan.
  • Bertanggungjawab untuk memimpin, memberi inspirasi dan membangunkan pasukan pengurusan dan kakitangan, serta sentiasa membangunkan hubungan kerja yang kukuh di antara Pengurusan tertinggi Kolej dan FELCRA Berhad.
  • Bertanggungjawab melaksanakan dasar-dasar dan menyediakan kepimpinan kepada kakitangan kolej bagi mencerminkan misi, nilai dan aspirasi Kolej.

Muat turun syarat dan kelayakan di SINI.

Gaji adalah berdasarkan kelayakan dan pengalaman tertakluk kepada Skim Perkhidmatan FELCRA Berhad.

Borang permohonan boleh diperoleh menerusi laman web www.felcra.com.my atau datang terus ke Wisma FELCRA Berhad, Aras 4, Bahagian Sumber Manusia.

Sila hantarkan permohonan lengkap bersama-sama gambar berukuran pasport serta salinan sijil-sijil berkaitan ke alamat berikut:
Ketua Pegawai Eksekutif
Ibu Pejabat FELCRA Berhad
Wisma FELCRA, Lot PT 4780,
Jalan Rejang, Setapak Jaya,
Peti Surat 12254, 50772 Kuala Lumpur.
(u.p: Bahagian Sumber Manusia)

(Sila tulis nama jawatan yang dipohon pada sebelah kiri sampul surat)

Tarikh Tutup Permohonan: 31 Mei 2016

BACA INI JUGA: 9 Laman Web Tempat Mencari Kerja Di Malaysia

CARIAN KERJA KOSONG SWASTA


Jobs by my.neuvoo

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon