May 1, 2016

Harinder Ditawarkan RM50 Ribu Untuk Kembali Murtad

Setelah 16 hari melafazkan syahadah, Harinder Singh Pal berkongsi kisah perjalanan awal dalam kehidupannya sebagai muslim.

Harinder Singh Pal

“Sudah empat hari saya belajar bersolat dan membaca Al Fatihah,” katanya ketika muncul live dalam program Assalamualaikum terbitan TV Al Hijrah #IslamIsFirstClass.

Harinder sentiasa berharap dirinya kekal ceria dan semua pihak menerima dirinya. Begitu pun, yang paling penting sekali Allah menggembirakan dirinya.

Walaupun banyak dugaan menimpa termasuk ditawarkan RM50 ribu supaya mengumumkan dirinya keluar Islam, Harinder kekal positif. Dia mahu istiqamah terhadap jalan hidupnya serta berharap semua pihak menerima dirinya seadanya.

“Kisah saya kembali pada Islam tersebar sampai ke India. Tapi abang tak marah, malah dia berikan duit untuk belanja setelah tahu saya kehilangan kerja,” cerita Harinder ketika ditemubual Farah Deeba.

Harinder turut menceritakan dirinya kini mengikuti kelas solat dan membaca Al Quran. Malah setiap kali hadir di kelas, dia akan berulangkali melafaz semula ucapan syahadah.

Ditanya mengenai kejadian dihalau keluar dari rumah sewanya, Harinder menjelaskan kejadian itu berlaku sebaik sahaja dia pulang dari hospital.

“Beberapa hari selepas lafaz syahadah, saya sakit dan perlu ke hospital. Ketika pulang, semua pakaian saya sudah di luar rumah,” katanya.

Harinder Singh Pal [2]

Harinder yang sentiasa ceria, turut menceritakan detik-detik mengharukan selepas melafazkan syahadah di Stadium Hoki Bukit Jalil 14 April lalu.

Betapa setiap pelukan yang diterima membuatkan dirinya terasa seperti baharu dilahirkan kembali.

“Saya melafazkan syahadah setelah yakin dengan jawapan dan penjelasan Dr. Zakir Naik. Sebelum pergi ke majlis itu, saya hanya menonton video ucapannya,” jelas Harinder.

Selain kontrak kerjanya tidak diperbaharui, Harinder terpaksa hidup menumpang setelah dihalau keluar dari rumah sewanya.

Dalam pada itu, semua krew Assalamualaikum mengakui agak terperanjat melihat sikap Harinder yang sentiasa ceria dan amat mesra sepanjang berada di set.

“Dia sangat positif dan langsung tidak terjejas dengan pelbagai dugaan yang dialaminya dalam 16 hari pertama sebagai Muslim,” kata Penerbit Assalamualaikum #PenghijrahanFenomena Mohd. Firdaus Samad.

Sama-sama kita doakan Harinder terus istiqamah.

BACA INI JUGA: Kenapa Dalam Islam Ada 4 Mazhab?

Sumber: Mynewshub.cc

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon