May 16, 2016

Cara Mudah Mengenal Pasti Emas Tulen Atau Tidak!

Pernahkah anda terbeli emas palsu? Sedikit kesilapan dalam jual beli emas pasti akan mendatangkan kerugian kepada pembeli.

Kenal Pasti Emas Tulen Atau Tidak

Waima 1 gram emas harganya mencecah ratusan ringgit, bayangkan jika terbeli seutas rantai sebesar ibu jari tetapi palsu, mahu diserang strok serta merta.

Cara yang dimaksudkan adalah dengan menggunakan magnet. Kaedahnya, anda hanya perlu dekatkan emas itu kepada magnet tersebut. Sekiranya terdapat daya tarikan atau tindak balas maka ianya palsu.

Ini kerana emas tidak mempunyai sifat magnetik. Namun terdapat juga bahan yang tidak bertindak balas dengan magnet seperti tembaga, tungsten dan sebagainya.

Selain magnet, jarum juga boleh digunakan untuk menguji ketulenan emas sebelum dibeli. Caranya adalah dengan mencucuk jarum itu pada emas tersebut, sekiranya tidak patah, ia adalah asli, ini kerana emas bersifat lembut.

Salah satu cara lagi ialah dengan mencium baunya. Emas tulen tidak mempunyai bau. Kaedahnya ialah dengan menggosok emas itu pada kain kasar seperti jeans atau seangkatan dengannya sehingga panas.

Sekiranya terhasil bau seperti ferum maka ianya palsu. Selain kaedah di atas, terdapat banyak lagi kaedah pengesanan awal yang boleh digunakan untuk mengelak dari ditipu.

Nasihat kami, kenal pasti dahulu emas yang hendak dibeli, atau dapatkan dari kedai-kedai emas yang bertauliah. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua.

BACA INI JUGA: Tahukah Anda Air Laut Mengandungi Emas!

Sumber: FOBN

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon