May 4, 2016

Berkat Niaga Tudung, Bawal Exclusive Kini Ada Bangunan Sendiri

Bermula kecil-kecilan di Jalan Tunku Abdul Rahman di sini sejak 19 tahun lalu, Bawal Exclusive kini berbangga apabila memiliki bangunan sendiri di Puchong.

Bawal Exclusive

Bermula di ruang kecil tingkat satu di jalan tersebut, juga popular dipanggil Jalan TAR, syarikat tudung itu mampu memiliki bangunan tiga tingkat seluas lebih 5,000 kaki persegi.

Wisma Bawal Exclusive menempatkan semua koleksinya di situ, daripada harga serendah RM46 hingga mencecah ribuan ringgit, kata pengasasnya Haliza Maysuri.

“Seperti tidak percaya hari ini Bawal Exclusive mempunyai bangunannya sendiri setelah hampir 19 tahun yang lalu kami memulakan perniagaan secara kecil-kecilan,” katanya di majlis pelancaran bangunan itu di Bandar Bukit Puchong.

“Setelah bertahun-tahun lamanya dan sejak kami mula beroperasi di Jalan Tunku Abdul Rahman, kami merasakan cukup terharu kerana terus mendapat sokongan padu daripada pelanggan sedia ada mahu pun pelanggan baru.”

Bawal Exclusive [2]

Haliza, 39, berkata premis asal syarikatnya di sini bagaimanapun masih dibuka, selain cawangan-cawangan Kelantan, Johor, Sabah, Perlis dan Kedah.

Walau pernah dikritik kerana harga tudungnya mahal, tambahnya, kritikan itu tidak menjejaskannya, malah permintaan pelanggan semakin baik dan di luar jangkaan.

Selain pasaran tempatan, produk Bawal Exclusive juga dilaporkan dieksport ke China dan Thailand.

Tudung yang bertatahkan kristal Swarovski menampilkan dua koleksi terbaru sempena Hari Raya dan Anne Ngasri by Bawal Exclusive.

“Seiring dengan peredaran zaman, tudung bawal tidak ketinggalan untuk bersama-sama memeriahkan lagi industri busana muslimah apabila tampil dengan pelbagai warna yang menarik dan ditambah pula dengan perincian yang bergemerlapan daripada kristal Swarovski.

Bawal Exclusive [3]

“Kerjasama yang terjalin selama ini menjadikan Bawal Exclusive pemborong terbesar Swarovski di Asia Tenggara,” kata Haliza lagi di majlis tersebut.

“Dengan adanya rakan kongsi yang bagus seperti Swarovski, saya berharap hari ini adalah permulaan perjalanan yang baik untuk kami martabatkan lagi wanita muslimah ke peringkat antarabangsa.”

Bangunan tersebut menyediakan ruang Crystal Lounge yang dihiasi dengan batu kristal Swarovski untuk tatapan pelanggan, katanya.

BACA INI JUGA: Koleksi Pakaian SweetMuslimah Murah Dan Berkualiti

Sumber: Themalaymailonline

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

1 comments so far

Berkat istiqamah dan usaha keras... tahniah!!

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon