Apr 28, 2016

Yuna Terpilih Nyanyikan Lagu Promosi Sukan Olimpik!

Penyanyi Malaysia yang sedang menempa nama di Amerika Syarikat, Yuna, sekali lagi mengharumkan nama negara setelah dipilih untuk menyumbangkan suaranya bagi lagu promosi Olimpik 2016, yang turut dinyanyikan oleh Lenny Kravitz.

Yuna+The Fire

Lagu berjudul The Fire itu turut menampilkan beberapa orang penyanyi antarabangsa seperti Diogo Nogueira daripada Brazil, Nneka (Nigeria) dan Corrine Bailey Rae (Britain).

Berkongsikan berita gembira tersebut menerusi Facebook, Yuna berkata beliau amat bangga dipilih untuk menyanyikan The Fire.

“Saya teruja bekerjasama dengan semua penyanyi yang terlibat dalam lagu ini,” tulis pelantun lagu Terukir Di Bintang berusia 28 tahun ini.

Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Mat Zara’ai, telah mengukir kejayaan demi kejayaan di peringkat antarabangsa.

Yuna+The Fire [2]

Selain daripada lagu promosi Sukan Olimpik itu, Yuna juga penah merakamkan lagu tema Hari Wanita Antarabangsa, pereka fesyen Diane von Furstenberg dan lagu tema bagi Tahun Melawat Malaysia 2014.

Nampaknya, pencapaian Yuna kini boleh dikatakan setaraf dengan penyanyi antarabangsa lain seperti Whitney Houston (One Moment in Time, Olimpik Seoul 1988) dan Celine Dion (Power of the Dream, Olimpik Atlanta 1996) kerana ketiga-tiga mereka telah diberi kepercayaan untuk membawakan lagu tema acara sukan terpenting di dunia itu!

BACA INI JUGA: 10 Lagu Terbaik Karya Michael Jackson!

Sumber: Mynewshub.cc

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

1 comments so far

amazing ..wanita hebat antaranya di Malaysia

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon