Thursday, April 28, 2016

Wang Kertas New Zealand Dinobat Tercantik Di Dunia


Wang kertas NZ$5 (RM13.52) dinobat sebagai pemenang anugerah Bank Note of the Year 2015, pada Selasa.

NZ$5

Pemilihan itu dibuat oleh Persatuan Wang Kertas Antarabangsa (IBNS) sekali gus menewaskan 19 pencalonan wang kertas lain.

Menurut Mashable, antara pencalonan lain ialah wang kertas 20 kronor Sweden, wang kertas 100 ruble Rusia, dan wang kertas 5 pound Scotland.

Pemenang anugerah Bank Note of the Year dipilih berdasarkan nilai artistik, ciri keselamatan inovatif, dan masih lagi digunakan.

Dalam pada itu, Timbalan Gabenor Reserve Bank of New Zealand, Geoff Bascand menyifatkan kemenangan wang kertas milik negara itu adalah bukti usaha dan inovasi bank tersebut dalam menghasil wang kertas itu.

NZ$5 [2]

“Kami bangga dengan semua wang kertas New Zealand, tetapi apabila wang NZ$5 ini diiktiraf di peringkat antarabangsa, ini sesuatu yang istimewa.

“Wang kertas ini mempunyai beberapa ciri keselamatan termaju di dunia namun masih lagi indah dan memaparkan sejarah, budaya, dan warisan New Zealand,” katanya.

Wang kertas NZ$5 memaparkan wajah salah seorang pendaki Gunung Everest terawal, Sir Edmund Hillary dan penguin bermata kuning atau hoiho yang wujud di Kepulauan Campbell, pulau subantartik New Zealand.

BACA INI JUGA: Penciptaan Wang Kertas Adalah Penipuan Licik Puak Yahudi

Sumber: Mynewshub.cc

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon