Sunday, April 24, 2016

TMJ Pemilik Baru Kelab AC Milan?


TMJ mendedahkan sedang dalam proses perbincangan untuk membeli kelab gergasi Serie A Itali, AC Milan.

AC MILAN - TMJ

Walaupun fokus TMJ ketika ini adalah mengukuhkan pembangunan JDT, namun beliau mempunyai hasrat yang cukup besar.

Dalam sesi temu bual eksklusif dengan akhbar Singapura, The Straits Times, TMJ mendedahkan hasratnya untuk membeli kelab Serie A itu.

"Saya merancang untuk membeli AC Milan, namun kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku. Saya suka Milan dan saya memang meminati bola sepak Itali sejak kecil lagi," jelasnya.

Tidak dinafikan JDT sentiasa menjadi agenda utama, namun TMJ menjelaskan sekiranya beliau mahu membeli kelab bola sepak di Eropah, AC Milan akan menjadi pilihannya.

Difahamkan, kedua-dua pihak ketika ini mereka berada di tahap perbincangan.

The Rossoneri ketika ini dimiliki bekas Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi.

Berlusconi turut menyatakan hasrat untuk menjual kelab itu yang sedang menanggung hutang besar.

TMJ turut mahu kedua-dua pasukan (JDT dan AC Milan) membentuk satu hubungan rapat sekiranya proses pembelian kelab itu terlaksana.

"Ia akan jadi satu jalinan secara langsung di antara JDT dan AC Milan," katanya.

Mengikut laporan Forbes, juara 18 kali Serie A itu kini sedang menanggung hutang mencecah AS$100 juta (RM390 juta).

Namun, AC Milan kekal sebagai salah sebuah pasukan yang mempunyai sokongan teguh di Itali.

Sebelum ini, seorang tokoh perniagaan Malaysia, Datuk Dr Noordin Ahmad, telah membeli 50 peratus saham kelab yang bersaing dalam Serie B, FC Bari.

Sekiranya TMJ berjaya memiliki AC Milan, sudah pasti ia akan menjadi berita gembira buat peminat bola sepak tanah air.

BACA INI JUGA: Ronaldo Peneraju Boikot Israel

Sumber: Stadiumastro

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon