Tuesday, April 05, 2016

Senarai Filem Wajib Tonton April 2016!


Jika bulan Mac anda disajikan dengan filem blockbuster Hollywood "Batman V Superman: Dawn of Justice", bulan April juga tidak kurangnya apabila turut mempunyai filem blockbuster dari Hollywood.

Jadi kami sajikan kepada pembaca senarai filem-filem menarik yang boleh anda tonton sepanjang bulan April ini!

The Bodyguard
Tarikh tayangan: 1 April 2016

The Bodyguard

Filem aksi China tidak pernah mengecewakan penonton dan terbaru, filem "The Bodyguard" arahan Sammo Hung ini juga pastinya akan membuatkan anda tidak sabar untuk menontonnya.

Ia berkisarkan tentang seorang pengawal peribadi yang telah bersara, bertemu dengan seorang gadis muda. Apabila mendapat tahu nyawa gadis itu diancam oleh ketua penjenayah, dia bertindak untuk menyelamatkan gadis itu.

Jika anda seorang peminat tegar filem aksi China, pastinya anda pernah menonton filem-filem lakonan Sammo Hung sebelum ini yang ternyata tidak pernah mengecewakan.

Malah untuk menyakinkan lagi anda untuk menonton filem ini adalah barisan pelakon yang membintanginya, antaranya Andy Lau, Jacqueline Chan, Li Qin Qin dan Zhu Yuchen.

10 Cloverfield Lane
Tarikh tayangan: 7 April 2016

10 Cloverfield Lane

Jika anda seorang peminat filem-filem ngeri (thriller), filem "10 Cloverfield Lane" adalah filem untuk anda. Ia mengisahkan tentang seorang wanita yang terjaga di sebuah bilik di bawah tanah selepas terlibat dalam satu kemalangan.

Wanita itu bimbang yang dia sebenarnya diculik oleh lelaki yang telah membantunya. Menurut lelaki tersebut, dia telah menyelamatkan wanita itu dari serangan kimia yang telah menyebabkan dunia luar tidak lagi selamat untuk didiami.

Wanita itu yang tidak mempercayai kata-kata lelaki itu cuba melarikan diri tanpa mengira bahaya yang bakal dihadapinya.

Filem arahan Dan Trachtenberg ini dibintangi oleh Mary Elizabeth Winstead, John Goodman, John Gallagher dan ramai lagi.

Showdown The Movie
Tarikh tayangan: 7 April 2016

Showdown The Movie

Siapa yang pernah tengok rancangan realiti tarian "Showdown", pastinya akan teruja untuk menunggu tayangan filem "Showdown The Movie" yang akan memaparkan sekumpulan penari yang menggelar diri mereka sebagai "Battle Crew" dan memasang impian untuk menyertai dan menjuarai pertandingan tarian terbesar di Malaysia.

Filem arahan Khairil M.Bahar ini akan menampilkan barisan pelakon lama dan baru seperti Izara Aishah, Iedil Putra, Azad Jasmin, Reza Hasbi dan ramai lagi.

The Jungle Book
Tarikh tayangan: 7 April 2016

The Jungle Book

Rasanya ramai yang tidak sabar hendak menyaksikan filem yang adaptasi dari kisah dogeng Disney yang mana ia mengisahkan tentang seorang budak lelaki bernama Mowgli yang dibesarkan oleh serigala di dalam hutan.

Mowgli berkawan dengan seekor beruang bernama Baloo, dan seekor harimau kumbang bernama Bagheera.

Filem animasi arahan Jon Favreau ini akan menyaksikan Neel Sethi, Bill Murray, Ben Kingsley, Christopher Walken, Idris Elba, Scarlett Johansson dan beberapa lagi sebagai penyumbang suara dalam filem ini.

Redha
Tarikh tayangan: 14 April 2016

Redha

Filem "Redha" diangkat dari kisah sebenar yang mana ia mengisahkan tentang seorang budak lelaki mengidap autism yang telah membuatkan ibu bapanya terpaksa bergelut, sebagaimana bapanya tidak dapat menerima hakikat yang anaknya berbeza daripada kanak-kanak lain, manakala ibunya cuba sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik.

Ibunya kemudian menjumpai orang yang boleh membantu hidup anaknya itu.

Kisah menyentuh hati arahan Tunku Mona Riza ini akan menampilkan barisan pelakon hebat seperti Namron, Junainah, Harith Haziq, Nadiya Nisaa, Remy Ishak dan ramai lagi yang pastinya akan memberikan impak besar kepada penonton.

Bangkok 13
Tarikh tayangan: 14 April 2016

Bangkok 13

Kepada peminat filem seram, jangan risau kerana bulan April juga mempunyai beberapa seleksi filem seram, antaranya adalah "Bangkok 13" sebuah filem seram dari Thailand.

Ia mengisahkan tentang seorang gadis yang mempunyai deria keenam iaitu dia boleh melihat benda-benda paranormal.

Perasaan ingin tahu telah membuatkannya menyertai rancangan televisyen yang mana mereka telah bekerjasama dengannya untuk merungkai 13 rahsia berhantu di Bangkok.

Filem arahan Dulyasit Niyomgul ini dibintangi oleh Thanthara Rungruang, Akarin Akaranitimayatharatt dan Thospol Sirvivat.

The Huntsman: Winter's War
Tarikh tayangan: 14 April 2016

The Huntsman: Winter's War

Prequel filem "Snow White And The Hutsman" ini mengisahkan tentang pertelingkahan yang berlaku di antara dua ratu adik beradik. Ratu Jahat Ravenna telah mengkhianati adiknya, Freya dan menyebabkan Freya berundur ke sebuah negara di utara.

Dengan hatinya tidak lagi boleh menyayangi, Freya memberi arahan supaya pemburu-pemburu elitnya tidak jatuh cinta.

Apabila kedua-dua ratu mula bertempur untuk mendominasi, pemburu elit Eric dan rakan seperjuangannya, Sara, adalah wira di antara kedua-dua ratu.

Filem arahan Cedric Nicolas-Troyan ini pastinya menjadi filem yang dinanti-nantikan berikutan barisan pelakon yang membintanginya seperti Chris Hemsworth, Charlize Theron, Emily Blunt, Jessica Chastain dan ramai lagi.

Midnight Special
Tarikh tayangan: 14 Mac 2016

Midnight Special

Jika anda seorang peminat filem sains fiksyen, "Midnight Special" adalah filem untuk anda. Ia mengisahkan tentang seorang bapa Roy yang perlu melindungi anaknya Alton yang mempunyai kuasa luar biasa.

Bersama, bapa dan anak itu melarikan diri daripada penganut agama ekstrim dan kerajaan yang merancang untuk menyalahgunakan kuasa Alton yang boleh mengubah dunia.

Filem yang dibintangi oleh Michael Shannon, Kirsten Dunst, Adam Driver dan Joel Edgerton ini diarahkan oleh Jeff Nichols.

Marvel's Captain America: The Civil War
Tarikh tayangan: 28 April 2016

Marvel's Captain America: The Civil War

Selain filem "The Jungle Book" dan "The Huntsman: Winter's War", filem yang paling dinanti-nantikan bulan ini adalah filem "Marvel's Captain America: The Civil War".

Filem ketiga "Captain America" ini adalah kesinambungan dari kejadian dalam "Avengers: Age of Ultron" yang mana Captain America berdepan masalah baru apabila pihak kerajaan mahu mengawal kesemua aktiviti adiwira.

Captain America dan Iron Man tidak sependapat, dan ini telah mencetuskan perang saudara di antara mereka.

Filem arahan Joe Russo dan Anthony Russo ini akan menyaksikan Chris Evan, Robert Downey Jr, Scarlett Johansson dan beberapa lagi kembali menggalas watak sebagai adiwira dalam filem-filem terdahulu.

BACA INI JUGA: 6 Watak Superhero Yang Bukan Lagi Hak Milik Marvel

Sumber: Cinema

1 comment

  1. Nak tengok Marvel's Captain America tu lah nanti... thanks sharing SP... :)

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon