Wednesday, April 27, 2016

Muhammad Ibrahim Gabenor BNM Baharu Mulai 1 Mei 2016


Datuk Muhammad Ibrahim dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) untuk tempoh lima tahun mulai 1 Mei, 2016, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Datuk Muhammad Ibrahim

Pelantikan beliau telah mendapat perkenan daripada Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong di atas nasihat Perdana Menteri.

“Saya yakin di bawah kepimpinan Muhammad, BNM akan meneruskan sumbangannya dalam membantu kerajaan serta memberi nasihat dan pandangan bagi memacu perkembangan ekonomi negara,” kata Najib dalam satu kenyataan, hari ini.

Perdana Menteri juga yakin gabenor baharu itu dapat mentadbir dasar monetari dan mengawal selia industri kewangan negara, termasuk meneruskan usaha bank pusat membangunkan industri kewangan dengan sewajarnya.

Jawatan terakhir Muhammad adalah sebagai Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia, disandang sejak 2010.

Beliau memegang sijil Sarjana daripada Universiti Harvard, Amerika Syarikat.

“Bagi pihak Kerajaan Malaysia, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz di atas segala sumbangan cemerlang beliau sepanjang tempoh perkhidmatannya sebagai Gabenor BNM yang ketujuh,” kata Najib. –Bernama

BACA INI JUGA: Misteri Simbol Iblis Dalam Wang Kertas RM1 Dan RM5!

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon