Friday, April 29, 2016

Kena Boikot Selepas Masuk Islam Di Ceramah Dr. Zakir Naik


Masih ingat kepada Harinder Pal Singh, lelaki yang melafazkan syahadah ketika sesi ceramah Dr. Zakir Naik di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 14 April lalu?

Harinder Pal Singh Peluk Islam

Syukur, Harinder yang berketurunan Sikh kelahiran India, kini sudah menemukan hidayah menuju jalan Allah.

Cuma harga menerima Islam sebagai pegangan hidup harus dibayar dengan pelbagai dugaan.

Kini Harinder kehilangan pekerjaan sebagai penjawat swasta kerana kontraknya tidak lagi diperbaharui.

Lebih tragik, Harinder dihalau keluar rakan serumah kerana bimbang dia akan mempengaruhi rakan-rakan lain dengan ajaran Islam.

“Saya perlukan pekerjaan,” katanya ketika ditemubual dalam program Into Taqwa #PenghijrahanFenomena.

Harinder tidak mengharapkan simpati, namun pada saat ini dia amat memerlukan bantuan untuk meneruskan kehidupan dan mendalami Islam yang kini sudah menjadi jalan hidup di dunia dan akhiratnya.

Pelukan dan tepukan yang diterima sebaik sahaja melafazkan syahadah secara langsung tidak cukup, inilah waktunya pertolongan saudara-saudara baharu cukup bermakna buat Harinder.

Janganlah pulang sahaja Dr Zakir Naik dari Malaysia maka perasaan meraikan saudara-saudara baru kita turut pergi bersamanya!

Kisah Harinder yang memerlukan bantuan kita semua ini, akan disiarkan dalam program yang bakal bersiaran di saluran Al-Hijrah tak lama lagi.

Nasib Harinder Terbela, Noh Hujan Tawarkan Kerja

Noh Hujan - Mizz Nina

NasibHarinder Pal Singh, saudara baharu yang memeluk Islam ketika sesi ceramah Dr. Zakir Naik di Stadium Hoki Bukit Jalil pada 14 Mac lalu kini terbela.

Penyanyi Indi terkenal, Noh Hujan bersedia menerima Harinder untuk bekerja dengannya.

Noh yang kini berada di Jordan memberi reaksi segera untuk menawarkan pekerjaan kepada Harinder di restoran miliknya.

Noh Hujan yang berada di negera Timur Tengah itu bersama isterinya Mizz Nina, memaklumkan perkara tersebut kepada Penerbit Into Taqwa #Penghijrahan Fenomena, Syafinah Othman.

Harinder akan muncul secara langsung dalam program Assalamualaikum #IslamIsFistClass terbitan TV Al Hijrah pada 8 pagi Ahad ini.

#IslamIsFirstClass

BACA INI JUGA: Video Ini Punca Ketakutan Hindraf Terhadap Dr. Zakir Naik?

Sumber: Mynewshub.cc

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon