Saturday, April 23, 2016

Jutawan Malaysia Pemilik FC Bari ‘Disambut’ Dengan Ludah Di Itali!


Jutawan Malaysia yang juga merupakan pemilik baharu kelab bola sepak FC Bari 1908, Datuk Dr. Noordin Ahmad menerima ejekkan dan ‘disambut’ dengan ludah oleh pasukan pihak lawan.

Jutawan Malaysia Pemilik FC Bari

Kejadian tidak dijangka itu dilaporkan berlaku ketika beliau menyaksikan pasukannya menentang Ascoli Picchio FC 1898 di Stadium Cino e Lillo Del Duca, Itali, pada Rabu lalu.

Semasa menonton perlawanan tersebut, Noordin, 59, turut ditemani oleh peguamnya, Grazia Iannarelli dan Presiden Bari FC, Gianluca Paparesta.

Akibat kejadian itu, Paparesta meluahkan rasa kesalnya dengan tindakan yang ditunjukkan oleh segelintir penyokong Ascoli itu dan menyifatkan perbuatan mereka sebagai tidak bertamadun.

“Walaupun kita berbeza de­ngannya (Noordin), namun tindakan biadab itu telah mencerminkan budaya Itali kepada orang luar. Ini sangat memalukan.

“Saya telah membuat aduan kepada pihak polis mengenai perkara ini agar perbuatan tersebut tidak berulang.

“Noordin datang ke Itali untuk meningkatkan mutu bola sepak kita, termasuk golongan belia. Sepatutnya insiden seperti itu tidak berlaku,” katanya kepada portal peminat kelab itu, Bari nel Pallone.

Dalam pada itu, Paparesta turut meluahkan rasa kagum dengan sikap profesional ahli perniagaan kelahiran Pulau Pinang ini yang tenang mengharungi momen buruk itu.

“Beliau (Noordin) langsung tidak mempedulikan tindakan penyokong tuan rumah, sebaliknya terus memberikan sokongan penuh kepada Bari.

“Malah, Noordin dilihat bersorak dan turut menyanyi bersama kira-kira 2,000 penyokong Bari di sini.

“Saya rasa, beliau telah jatuh cinta dengan penyokong Bari se­bab, ketika perjalanan ke Stadium Cino e Lillo Del Duca, Noordin sanggup berhenti seketika untuk bergambar bersama-sama mereka,” ujarnya lagi.

Perlawanan itu menyaksikan Bari mengalahkan Ascoli 1-0 hasil jaringan pemain pertahanan Denis Tonucci, sekali gus meletakkan kelab itu berada di tangga ketiga hanya di bawah Crotone dan Cagliari dengan 63 mata.

BACA INI JUGA: Sejarah Nombor Jersi Bola Sepak Yang Anda Tak Tahu

Sumber: Mynewshub.cc

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon