Friday, April 15, 2016

HTC 10 Terbaru BoomSound Kamera 12 UltraPixel


HTC telah melancarkan model terbaru untuk siri perdana mereka iaitu HTC 10 dan HTC 10 Style, hadir Dengan 12 MP Kamera, Skrin 5.2 Inci dan Speaker BoomSound.

HTC 10 Terbaru

Untuk model perdana terbaru ini, HTC bukan sahaja mengubah namanya, malah merekah menambah baik keseluruhan smartphone dengan rekaan yang lebih kemas, prestasi yang ditingkatkan, kamera yang mantap serta antaramuka yang lebih menarik.

Terdapat dua variasi yang diperkenalkan iaitu HTC 10 yang menggunakan cip Snapdragon 820/4 GB RAM serta HTC 10 Lifestyle dengan cip Snapdragon 652 / 3GB RAM. Selebihnya, spesifikasi kedua-duanya hampir sama.

Untuk rekaannya, HTC telah melakukan sedikit perubahan pada bahagian luar dimana dibahagian sisinya dibuat Chamfer untuk kelihatan lebih kemas serta genggaman yang lebih ergonomik.

Pada bahagian hadapan hanya terdapat satu speaker BoomSound dibahagian atas manakala BoomSound kedua diubah di bahagian bawah selari dengan port pengecasan. Tempat asalnya telah digantikan dengan pengimbas cap jari.

Untuk model baru HTC ini, anda boleh dapati dengan tiga pilihan warna iaitu Carbon Gray, Topaz Gold dan juga Glacier Silver.

Untuk skrinnya, HTC telah menyediakan paparan sebesar 5.2 inci dengan resolusi 1440 x 2560 pixels (Quad-HD) bagi kedua-dua variasi HTC 10 ini.

Spesifikasi HTC 10 dan HTC 10 Lifestyle

Sebelum ini HTC telah memperkenalkan teknologi Ultrapixel pada kamera untuk barisan HTC One.

Walaupun hanya menggunakan sensor 4 Megapixel, kameranya cukup baik untuk mengambil gambar atau merakam video walaupon dalam suasana kekurangan cahaya.

Untuk HTC One, HTC telah membawakan teknologi yang sama namun dengan resolusi yang lebih tinggi iaitu 12 Megapixel untuk gambar yang lebih terperinci, jelas dan berkualiti.

Tambahan pula, HTC turut membawakan fungsi OIS, Laser Autofokus serta bukaan Aperture F1.8 untuk kualiti gambar yang lebih mengkagumkan.

Selain itu, Peranti premium ini boleh mengambil gambar dalam format 12bit-RAW untuk memudahkan suntingan akhir menggunakan aplikasi komputer. Smartphone ini juga berkebolehan dalam merakan video 4K dengan kualiti Audio yang tinggi.

Dibahagian hadapan pula, HTC telah melakar sejarah yang pertama menggunakan Penstabilan Imej OIS untuk kamera 5 Megapixel di bahagian hadapan.

OIS digunakan untuk mengurangkan gegaran semasa mengambil gambar dan memberikan gambar yang lebih tajam, jelas dan cantik.

Spesifikasi Utama Pada HTC 10
  • Paparan sebesar 5.2 inci dengan resolusi 1440 x 2560 pixels (Quad-HD)
  • Pemproses Qualcomm Snapdragon 820, 32/64 GB, 4 GB RAM – (HTC 10)
  • Pemproses Qualcomm Snapdragon 652, 32 GB, 3 GB RAM – (HTC 10 Lifestyle)
  • Kamera Utama 12 Megapixel, F1.8, 26mm, OIS, Laser Autofocus, Dual-LED Flash
  • Kamera Selfie 5 Megapixel, F1.8, 23mm, OIS
  • Sambunga 4G LTE dengan sokongan Dual-SIM
  • Dilengkapi dengan pengimbas cap jari, USB Type-C
  • Bateri Li-Ion 3000 mAh
  • Warna Carbon Gray, Topaz Gold dan Glacier Silver

Untuk HTC 10, kedua-dua model ini tersedia dipasang dengan Android 6.0 MarshMallow. Ia turut hadir dengan port USB Type-C, Bateri Li-Ion 3000 mAh dengan teknologi pengecasan pantas (Quick Charge 3.0), Pengimbas cap jari, sokongan Dual-SIM dan sebagainya.

Harga HTC 10 Di Malaysia Dan Tarikh Jualan

HTC 10 Terbaru [2]

Seperti yang kita tahu, HTC 10 akan hadir dalam dua variasai iaitu HTC 10 dengan pemproses Snapdragon 820 dan HTC 10 Lifestyle dengan pemproses Snapdragon 625.

Menurut HTC, kedua-dua model ini memiliki rekaan, sistem audio, kamera, paparan yang sama termasuk antaramuka serta jangka hayat bateri.

Bagi harganya, HTC 10 dijangka akan mula dipasarkan pada bulan April dengan harga jualan USD699 atau sekitar RM2999 untuk pasaran Malaysia.

Harga rasmi dan tarikh jualan di Malaysia masih lagi belum diketahui. Bagi Harga HTC 10 Lifestyle pula masih lagi belum didedahkan. Namun sudah tentunya memiliki harga yang lebih murah berbanding HTC 10.

BACA INI JUGA: 5 Smartphone Terbaik Di Bawah Harga RM300

Sumber: Mesramobile

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon