Friday, April 01, 2016

Hanya Segelas Air Sebagai Mas Kahwin!


Selepas kita dihebohkan dengan cerita pasangan yang gagal dinikahkan disebabkan wang hantaran, timbul pula kisah mengharukan dari daerah Kampung Pea Jambu di wilayah Indonesia.

Pernikahan Hari & Rohani

Gambar yang dipaparkan dalam akaun Facebook bernama Purwanto menunjukkan sepasang pengantin duduk di dalam sebuah masjid.

Sekali lihat, ia acara seperti pernikahan biasa. Pasangan itu duduk di masjid dengan pengantin perempuan minum segelas air.

Bagaimanapun, menurut Purwanto, ia bukan air biasa. Sebaliknya segelas air putih itu ialah hantaran yang diberikan pengantin lelaki kepada isterinya.

“Pernikahan Hari & Rohani dengan mahar segelas air minum. Langsung diminum maharnya. Semoga menjadi keluarga yang bahagia,” tulis Purwanto.

Hari dan Rohani ialah nama pasangan pengantin berkenaan.

Dalam komen dibawah, pemilik akaun Facebook itu berkata, pengantin lelaki itu ialah pegawai agama di Pejabat Urusan Agama Singkohol.

“Ia. Yang menikah ialah pegawai agama. Pernikahan dilangsungkan di Masjid Al Falah Kampung Pea Jambu, Khamis 24 Mac 2016,” tulis Purwanto.

Ramai pengguna Facebook terharu dengan laporan itu kerana tidak percaya ada pernikahan boleh dilangsungkan dengan hantaran segelas air putih sahaja.

BACA INI JUGA: 8 Manfaat Kesihatan Air Mani Kepada Wanita Menurut Sains

Sumber: Agensi/myMetro Online

3 comments

  1. subhanalloh,, mas kawin dengan segelas air.. unik sekali .. semoga menjadi keluarga sakinah mawadah warrohmah

    ReplyDelete
  2. Yang penting memudahkan urusan ikut syariat Islam, bukan ikut adat dan material semata2... semoga Allah berkati pasangan ini hingga ke jannah... aamiin.

    ReplyDelete
  3. Tak kisah laa apa hantaran yg diberikan..asalkan ianya tdk menjadi bebanan buat kedua2nya..kalau blh nak nikah ni nak serba senang tak nak menyusahkan..

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon