Friday, March 11, 2016

'Solat Sunat Gerhana, Bukan Sembah Matahari'


Tindakan sebuah laman sosial menyamakan solat gerhana matahari yang didirikan warga Sekolah Kebangsaan (SK) Chabau di sini, Rabu lalu sebagai menyembah matahari dianggap amat keterlaluan.

Solat Sunat Gerhana

Pengerusi MAYC Jasin, Asrul Khan Sher Jang Khan berkata, sebagai warga Jasin, mereka kesal pengendali laman sosial mempertikaikan tatacara solat dilakukan bukan di dalam masjid atau surau, sekaligus menyamakan tindakan warga sekolah seperti amalan paganism dan agama majusi.

“Tujuan pihak sekolah berkenaan melakukan di kawasan lapang bagi memberi lebih ramai warga sekolah turut serta dan tidak harus dikritik.

“Situasi itu bukan sahaja mengguris hati warga SK Chabau dan alumni, malah rakyat Jasin dan negeri ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu Pegawai Tadbir Agama Daerah Jasin, Huzailan Hamzah berkata, pihaknya baru dimaklumkan hal terbabit setelah ia disebarkan melalui WhatsApp dan akan meminta pegawainya ke sekolah itu untuk mendapatkan maklumat.

Menurutnya, beliau terkilan kerana niat baik sekolah itu disalah tafsir, sedangkan tiada masalah mendirikan solat berkenaan di kawasan lapang selain dalam masjid atau pun surau.

“Tak ada masalah warga sekolah bersolat di kawasan lapang bukan sahaja di masjid atau surau.

“Saya yakin dan percaya ada sebab pihak sekolah mengadakan solat sunat gerhana matahari di kawasan lapang, mungkin tiada kawasan yang luas dan sebagainya.

Rabu lalu, laman sosial terbabit memuat naik status dan gambar warga sekolah berkenaan mendirikan solat sebagai menyembah matahari.

Gambar itu dipercayai diambil selepas Sinar Harian memuat naik ke laman sosial.

Bagaimanapun, laman terbabit memadamkan status berkenaan selepas orang ramai mengutuk serta mengkritik tindakan pengendalinya.

BACA INI JUGA: Fenomena Ajaib Hari Telur Berdiri

Sumber: SH

3 comments

  1. yup kadang bila kurang agama..
    itu yang banyak benda disalah ertikan :)

    ReplyDelete
  2. Bila ilmu sendiri tak cukup, jngnlah dikritik perkara yg org dah sedia maklum... mudah bila ramai2 nak sembahyang sunat dan menggalakkan lebih ramai lagi... apa sembah matahari pulak hhmmm...

    ReplyDelete
  3. Bila yg tiada ilmu melintorkan kata-kata

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon