Friday, March 18, 2016

'Sila Cari Di Google, Hidung Dia Senget Atau Lurus?'


Penyanyi dan pelakon Awie meminta bekas isterinya, Rozana Misbun agar tidak terus berbohong apabila bertindak mahu menuntut ganti rugi 'patah hidung' selain mengemukakan saman malu diaibkan terhadapnya.

Awie Pop star

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 48, berkata, tindakan terbaharu Rozana itu disebabkan perasaan tidak puas hati terhadapnya namun dia tidak terkesan dengan perkara itu.

"Dia tuduh saya patahkan hidungnya, cuba anda sendiri buat carian di Google wajah dia sebelum dan selepas berkahwin dengan saya sama ada hidungnya senget atau pun lurus.

"Jangan terus berbohong hanya kerana masih tidak berpuas hati tetapi tidak mengapa teruskan kerana saya tidak terkesan pun dengan apa juga tindakannya," katanya kepada mStar Online.

Awie berkata demikian ketika ditemui pada sidang media program Ceria Popstar 2016.

Vokalis kumpulan Wings itu bakal bertindak sebagai juri tetap di samping penyanyi Datuk Siti Nurhaliza dalam program itu.

Terdahulu, Awie bebas tuduhan memukul Rozana mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan selepas dia bersetuju memohon maaf selain membayar kompaun sebanyak RM10,000 terhadap bekas isterinya itu.

Permohonan maaf dilakukan dalam prosiding di Mahkamah Majistret Ampang.

Hidung+Rozanna

Bagaimanapun Rozana berhasrat mengemukakan saman malu terhadap Awie kerana mengaibkannya dengan pelbagai fitnah melalui pihak media.

Dalam pada itu, Awie berkata, Rozana yang memulakan 'peperangan' di antara mereka sehingga ada pihak turut terlibat membantu dalam usaha memusnahkan karier seninya itu.

"Awal-awal dahulu saya memang tidak pernah cakap apa-apa sama ada di media atau laman sosial tetapi dia yang memulakan untuk memalukan saya malah ada yang membantunya dan tahniah kerana berjaya musnahkan hidup saya.

"Apabila ada wartawan tanya baru saya jawab itu pun saya minta komen saya ditapis sebelum ditulis," jelasnya. -mStar

BACA INI JUGA: 5 Pelakon Wanita Terima Bayaran Paling Mahal Di Dunia

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon