Mar 3, 2016

Sel Penjara Tun Mahathir Sebelah Anwar?!

Naib Presiden PKR Nurul Izzah memberi reaksi terkejut dengan kenyataan Tun Mahathir yang menyatakan 'kesudian' beliau untuk 'duduk' dipenjara bersebelahan dengan ayahnya Anwar sekiranya beliau dipenjara.

Nurul Izzah Anwar Ibrahim

Menggulas lanjut, Izzah yang juga merupakan anak sulung kepada Anwar Ibrahim berkata, secara peribadi beliau melihat isu Anwar-Mahathir bukanlah melibatkan isu dendam.

"Pada saya mungkin faktor utama memberi kejutan adalah kenyataan Tun Mahathir bahawa beliau bersedia untuk berkongsi sel yang sama dengan Datuk Seri Anwar maka sebaiknya kita nantikan dalam sidang akhbar Mahathir esok secara rasmi apa yang sedang dicadang atau ditawar.

"Kerana pada saya sendiri premis utama atau prasyarat utama dalam menjalankan kerjasama adalah komitmen dan keikhlasan terhadap melaksanakan reformasi,"katanya pada sidang medianya di Ibu Pejabat PKR hari ini.

Katanya lagi, isu ini bukan isu peribadi, dendam mahupun marah tetapi bagaimana semua pihak dapat merungkai permasalahan dan skandal yang melanda Malaysia.

"Kita juga harus melihat langkah konkrit untuk melaksanakan reformasi," katanya.

Terdahulu, sebelum ini Tun Mahathir pernah mengatakan bahawa beliau 'sudi' berada bersebelahan dengan sel Anwar Ibrahim sekiranya beliau dipenjarakan.

BACA INI JUGA: 'Sayang Bini Jangan Sampai Bunuh Orang'

Sumber: Sinarharian.com.my

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

2 comments

Dunia politik ni melibatkan strategi minda utk mendominasi dan mengawal manusia... politik sentiasa berubah...

negara perlu dipimpim oleh orang berkhidmat untuk rakyat bukan orang gilakan kuasa

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon