Mar 9, 2016

'Saya Tak Mahu Disoal Di Akhirat Kelak'

“Saya tidak mahu disoal di akhirat kelak apa yang saya buat untuk menentang kemungkaran ketika saya masih berupaya untuk melakukannya.

1MDB Muhyiddin Yassin

"Saya tahu bahawa ia bukan sesuatu yang mudah dan amat menguji kesabaran. Tetapi saya yakin bahawa ALLAH sentiasa bersama dengan orang yang sabar,” demikian ujar Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurutnya, perjuangan menentang kemungkaran merupakan kewajipan bagi setiap Muslim dan ia juga menentukan tahap keimanan seorang Muslim.

“Saya sebagai seorang Muslim, hanya menjalankan kewajipan saya di sisi agama. Saya yakin rakyat, terutamanya orang Melayu, cukup bijak untuk menilai mana yang hak dan mana yang batil,” katanya menerusi kenyataan.

Muhyiddin berkata demikian ketika menyanggah dakwaan yang beliau telah menggadai perjuangan untuk agama, bangsa dan negara setelah menandatangani Deklarasi Rakyat.

Mengulas mengenai tuduhan tersebut, Muhyiddin berkata, tuduhan itu merupakan satu kenyataan yang tidak berasas.

Ujarnya lagi, sentimen kaum dan agama itu hanya dibangkitkan untuk menutup kelemahan Umno.

“Selama 40 tahun saya di dalam politik, tidak pernah sedetik pun saya bertindak menggadai prinsip perjuangan saya.

Tidak masuk akal tindakan saya menggesa Najib (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak) meletakkan jawatan kerana kemungkaran yang terpalit kepadanya, maka saya dikatakan menggadai perjuangan untuk agama, bangsa dan negara.

“Jika pemimpin Umno dan BN masih terperangkap dalam sindrom penafian dan terus menerus mempertahankan seorang individu yang tidak dapat dipertahankan dari segi neraca undang-undang, moral dan agama, maka rakyat akan menolak Umno dan BN secara total,” tegasnya.

BACA INI JUGA: Teks Penuh Tuntutan Deklarasi Rakyat

Sumber: Sinarharian.com.my

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon