Mar 24, 2016

Saman Tun Mahathir Peluang Terbaik Najib!

Apabila Tun Mahathir bersama dua individu lain memfailkan saman terhadap Najib Razak atas dakwaan salah laku dalam pentadbiran negara, pemimpin UMNO dan kerajaan seharusnya melihat ini sebagai medan terbaik bagi Perdana Menteri untuk membersihkan dirinya.

Mahathir+vs+Najib

Jika benar Najib suci bersih dan tidak terkait apa-apa dengan sebarang kekotoran, sama ada berhubung 1MDB, wang RM2,600 juta dan dana RM42 juta daripada SRC International, mereka sepatutnya memberi galakan dan semangat lagi kepada Perdana Menteri agar sedia tampil berani di mahkamah.

Saman Tun Mahathir ini mesti dilihat sebagai peluang keemasan bagi Najib mempertahan dan membersihkan dirinya serta mendiamkan terus bekas Perdana Menteri itu.

Tetapi dengan kebanyakannya membangkitkan soal "locus standi", menganggapnya tindakan terdesak oleh Tun Mahathir dan awal-awal mengatakan saman itu akan gagal, seolah-olah pemimpin UMNO tadi sedang berkongsi ketakutan dengan Najib untuk tampil di mahkamah.

Soal "lucus standi", terdesak dan sama ada saman itu akan berjaya atau sebaliknya, biarlah mahkamah yang memutuskannya.

Terus menyerang serta membelasah bekas Perdana Menteri itu yang jelas menggunakan haknya sebagai warganegara yang masih dalam lingkungan undang-undang, hanya akan memberi kelebihan kepada Tun Mahathir di "mahkamah pendapat umum".

Ini kerana Najib juga harus sedar bahawa pertarungan beliau dengan Tun Mahathir ini mungkin berlarutan sehingga tarikh pilihanraya umum akan datang.

Dengan takut berdepan di mahkamah dan tewas lebih awal pula di "mahkamah pendapat umum", apa lagi yang tinggal pada Najib ketika berdepan dengan penentuan rakyat?

BACA INI JUGA: 22 Sebab Tun Mahathir Keluar UMNO Kali Kedua!

Sumber: Shahbudindotcom

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon