Thursday, March 31, 2016

Polis Sahkan Murid Gunting Lidah Sendiri!


Dakwaan seorang murid tahun dua yang lidahnya terpotong didakwa angkara dibuli oleh sekumpulan murid tahun tiga di sebuah sekolah rendah di Klang, Selangor, minggu lalu adalah palsu.

Gunting+Lidah+Sendiri

Siasatan menyeluruh telah dijalankan dan pihak polis memutuskan yang mangsa tidak dibuli.

Kecederaan murid tersebut, Muhammad Alif Shukran Alias, 8, berpunca daripada kecuaian diri sendiri yang ketika itu bermain gunting milik rakan sekelasnya.

Semasa insiden itu berlaku Muhammad Alif Shukran dan rakan-rakannya berada di dalam kelas mengikuti sesi pembelajaran.

Berdasarkan laporan yang dibuat guru sekolah itu turut mendapati, tiada sebarang keterangan sokongan yang boleh membabitkan pelajar lain dalam kes berkenaan.

Polis tidak menemui sebarang elemen yang boleh mengaitkan kes tersebut dengan gejala buli kerana kecederaan berlaku di dalam kelas dan mangsa dirujuk terus kepada Penolong Kanan untuk rawatan.

Tiada sebarang tindakan akan diambil kerana Timbalan Pendakwa Raya berpuas hati dengan laporan hasil siasatan.

Minggu lalu, masyarakat Malaysia dikejutkan dengan berita seorang murid tahun dua yang mendakwa dirinya dipaksa menggunting lidahnya sendiri akibat dibuli oleh sekumpulan lima murid tahun tiga.

Insiden ini turut hangat diperkatakan di media sosial selepas beberapa keping gambar murid terbabit menjadi viral.

BACA INI JUGA: Selebriti Terkenal Hollywood Yang Pernah Di Tuduh Membunuh

Sumber: Mynewshub.cc

1 comment

  1. Saya juga merasakan kecuaian... Tak tahu la kenapa... Tapi kes sebegini pernah berlaku depan mata saya sewaktu kelas relief... Bergurau dengan kawan...masukkan gunting tajam dalam mulut... Saya tegur dan saya bagi amaran jangan buat begitu dengan alatan tajam... Itu pelajar tingkatan satu... Maknanya tak mustahil pun jika perkara ni atas kecuaian diri sendiri... Dan menuduh orang lain buat sbb kalau mengaku salah...teruk kena bantai dengan mak sendiri... Itu hanya andaian... Tapi perkara sebegini memang tak mustahil berlaku di sekolah...

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon