Sunday, March 27, 2016

Lectranal Mampu Merawat Penyakit Alahan?


Penyakit alahan semakin meningkat selama lebih dari 50 tahun di seluruh dunia. Terdapat pelbagai jenis masalah alahan antaranya dermatitis atopik atau ekzema atopik, rinitis alergi, resdung, urtikaria dan asma.

Lectranal®

Di Malaysia, lebih separuh daripada pesakit alahan hidung (52% dewasa dan 61% kanak-kanak) menyatakan bahawa punca biasa kepada alahan ialah hama daripada habuk rumah dan pencemaran.

Satu lagi kajian oleh penyelidik di HUKM menggunakan ujian cucuk kulit (Skin prick test) menunjukkan, alergen makanan yang paling umum mengikut urutan kekerapan ialah udang, ketam, gandum, sotong, kerang, ayam, beras, soya, susu dan telur.

Alahan biasanya diwarisi. Namun 23% daripada mereka yang tiada sejarah keluarga yang menghidap alahan turut berisiko untuk menghidap alahan.

Alahan rinitis beban sedunia

Alahan rinitis (AR) adalah sejenis masalah alahan yang paling biasa ditemui. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan kira-kira 10% -30% daripada individu di seluruh dunia, atau lebih kurang 400 juta orang menghidap AR.

AR menjejaskan ramai individu dari pelbagai negara tanpa mengira kumpulan etnik dan peringkat umur.

Ia adalah masalah keradangan hidung yang melibatkan tiga simptom utama iaitu bersin, nasal yang tersumbat dan berhingus.

AR bukan sahaja menyebabkan peningkatan morbiditi malah turut menjejaskan kualiti hidup pesakit dan keluarga mereka.

Individu yang mempunyai AR biasanya akan mengalami gangguan nasal yang kronik.

Hidung akan mudah tersumbat dan mengalami inflamasi apabila terdedah kepada alergen. Ini seterusnya akan menyebabkan resdung.

Rinosinusitis atau resdung akan menyebabkan keradangan pada sinus (kaviti dalam rongga hidung).

Individu yang mengalami resdung juga mempunyai simptom seperti kesumbatan pada bahagian muka, sakit kepala dan sakit telinga. Pesakit juga mengalami gangguan tidur menyebabkan mereka akan berusaha untuk melawan perasaan mengantuk pada waktu siang.

Kanak-kanak yang menghidap resdung adalah individu paling terjejas. Ini kerana ia boleh menyebabkan kesukaran untuk belajar akibat simptom alahan selain fungsi kognitif yang juga terjejas akibat penggunaan antihistamin.

Kanak-kanak dengan rinitis juga lebih cenderung untuk bernafas melalui mulut mereka. Ini boleh menjejaskan perkembangan muka dan gigi yang normal.

Dalam kes-kes alahan nasal kronik yang lebih serius, polip hidung mungkin boleh terjadi. Polip hidung adalah pertumbuhan tisu abnormal di dalam rongga hidung dan sinus.

Ia terjadi akibat keradangan (kemerahan dan bengkak) yang disebabkan oleh alahan.

Kaitan dengan asma

AR sering dipandang ringan kerana ia tidak menyebabkan kematian.

Namun, penyelidikan perubatan terkini menunjukkan pesakit dengan AR berisiko tinggi untuk menghidap asma. Kaitan yang rapat wujud antara rinitis alergi dan asma di mana kedua-duanya dipercayai mempunyai manifestasi penyakit yang sama.

Alahan rinitis sering dialami terlebih dahulu sebelum seseorang individu itu mengidap asma. Mengikut kajian, 1 daripada 3 orang dengan alahan rinitis akan menghidap asma.

Asma diketahui merupakan salah satu penyakit yang paling menjejaskan kesihatan dan mahal untuk dirawat.

Asma biasanya kekal dan sukar untuk dirawat. Oleh itu, rawatan awal AR memberikan peluang kepada pesakit untuk mengurangkan kekerapan dan keterukan penyakit ini.

Penyelidikan terapi semula jadi

Asas tindak balas alahan timbul dari sistem imunisasi yang terlalu sensitif.

Dalam keadaan yang terlalu sensitif ini, sistem imunisasi akan bertindak balas apabila terdedah kepada alergen dalam udara atau makanan yang sepatutnya tidak berbahaya.

Dalam konteks biokimia, histamin dilepaskan dan menyebabkan simptom alahan di mana antihistamin akan digunakan.

Kami ingin berkongsi dengan profesional perubatan tentang Lectranal®, ekstrak semula jadi herba Astragalus membranaceus yang berpaten.

Ia didapati mempunyai kesan imun-modulasi untuk mengawal masalah alahan. (Penyelidikan Dr Pecanic telah diterbitkan dalam Fitoterapi Penyelidikan pada tahun 2010).

Berdasarkan kajian yang kami jalankan, rawatan Lectranal® telah memperbaiki keadaan pesakit alahan rinitis sehingga lebih dari 70%, seperti mana yang dinilai oleh pakar perubatan dan pesakit sendiri selepas menjalani rawatan selama 6 minggu.

Kami seterusnya melakukan kajian gen dan mendapati, Lectranal® menunjukkan kesan pengawalan sistem imunisasi.

Ia mengawal ketidakseimbangan sistem imunisasi yang menyebabkan simptom alahan tercetus.

Dalam kata lain, Lectranal® membantu "mengajar” sistem imunisasi kita supaya tidak terlebih bertindak balas, sebaliknya berkelakuan seperti biasa.

Lectranal® merupakan ekstrak astragalus yang dipatenkan serta ditambah dengan pembawa mineral kalsium khas yang membantu meningkatkan penyerapannya.

Ia telah memenangi anugerah poster rinitis terbaik pada Kongres ke-27 European Academy of Allergology and Clinical Immunology di Barcelona pada tahun 2008.

Lectranal® merupakan satu pendekatan semula jadi yang berkesan dalam mengawal keadaan alahan seperti rinitis alergi, resdung, urtikaria dan konjunktivitis.

Tindakan Lectranal™ adalah berbeza dengan antihistamin kerana ia dapat membantu mencegah cetusan simptom alahan dengan mengganggu penyebab asal penyakit tersebut.

BACA INI JUGA: Resepi Ubat Batuk Paling Mudah Dan Mujarab

Sumber: Sinarharian.com.my

3 comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon