Mar 10, 2016

'Jawapan Najib Isu Skandal SRC Mengejutkan Parlimen'

Kenyataan bertulis parlimen Menteri Kewangan yang menyatakan SRC tidak mempunyai maklumat mengenai RM42 juta yang dipindah masuk ke akaun peribadi Najib adalah satu berita yang sangat PELIK dan TIDAK MASUK AKAL!

Najib Isu Skandal SRC

Menerusi laporan dari akhbar SINARHARIAN,

KUALA LUMPUR - Jawapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa SRC International tidak mempunyai sebarang maklumat berkenaan isu skandal dana RM42 juta ‎mengejutkan Parlimen.

Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen berkata, jawapan Najib itu juga bercanggah dengan kenyataan Peguam Negara,Mohamad Apandi Ali berkaitan isu SRC tersebut.

"Jawapan Najib mengenai isu ini amat mengejutkan kerana ia merupakan penyangkalan menyeluruh mengenai kewujudan pemindahan wang sebanyak RM42 juta ke dalam akaun peribadi PM.

"Penyangkalan ini juga bercanggah dengan kenyataan Mohamad Apandi berkaitan isu SRC dimana beliau mengaku bahawa penyaluran wang ini wujud tetapi perdana menteri tidak perlu didakwa.

"Apandi juga telah membentangkan satu 'flowchart' yang telah menunjukkan penyaluran wang SRC tersebut," katanya dalam kenyataan media di Parlimen.

Terdahulu, Najib dalam jawapan bertulisnya kepada Parlimen memaklumkan bahawa SRC tidak mempunyai sebarang maklumat berkenaan isu penyaluran dana RM42 juta.

"Isu ini adalah berdasarkan laporan berita oleh sebuah portal yang tidak dapat ditentukan kesahihan sumber beritanya.

"Sehubungan dengan itu dibawah Peraturan Mesyuarat 23 (1) (I), perkara ini tidak perlu dijawab kerana ia adalah satu pertanyaan yang meminta penerangan berkenaan perkara di dalam surat khabar," petik jawapan bertulis Najib mengenai pertanyaan tentang isu penyaluran dana RM42 juta tersebut.

Selain dari flowchart yang ditunjukkan oleh AG dibawah, rakyat tertanya-tanya, apakebendanya yang SPRM sibuk siasat selama berbulan lamanya berkaitan ISU SRC kalau semuanya hanya khabar angin sebuah portal?

SRC+Money+Trail

Kalau SRC tidak punya apa-apa maklumat pun tentang isu ini, kenapa SPRM dari awal lagi tidak keluarkan kenyataan bahawa isu SRC sebenarnya TIDAK WUJUD?

"SPRM ingin memaklumkan sekali lagi bahawa kes SRC International masih lagi berjalan."

Itu adakah kenyataan akhbar Dato' Azam Baki, Pengarah Siasatan SPRM pada 22 Oktober 2015 ketika menempelak SRC yang yang memandai-mandai mengeluarkan kenyataan palsu kononnya SPRM sudah mengesahkan bahawa flowchart yang disiarkan oleh Sarawak Report adalah palsu.

Apa yang SPRM siasat jika kes itu tidak wujud?

Juga dalam kenyataan sama, Dato' Azam meminta kerjasama SRC untuk mengarahkan Nik Faisal Kamil dan Suboh Md Yassin tampil hadir di SPRM untuk beri keterangan.

Untuk beri keterangan tentang apa kalau kes hanya mainan sebuah portal? Dan kenapa mereka berdua LARI?

SPRM melalui Dato' Azam sekali lagi mengeluarkan kenyataan pada 5 November.

Oleh itu, siasatan SPRM ke atas SRC International tetap akan diteruskan walaupun terdapat siasatan yang khusus berkaitan dengan isu kebocoran maklumat yang dilaporkan oleh beberapa media sebelum ini. Isu kebocoran maklumat tiada kaitan dengan siasatan ke atas SRC International. Isu kebocoran maklumat adalah perkara yang berbeza.

Huh! Macamana Najib boleh kata SRC tidak mempunyai sebarang maklumat berkenaan isu penyaluran dana RM42 juta?

Apa yang SPRM siasat selama ini? Dan kenapa kertas siasatan SPRM dikembalikan oleh AG?

Setelah meneliti keseluruhan keterangan di dalam kertas-kertas siasatan tersebut, Jabatan ini telah pada hari ini mengembalikan kertas-kertas siasatan tersebut untuk mendapatkan penjelasan daripada pihak SPRM mengenai beberapa cadangan dan tindakan yang disyorkan oleh pihak SPRM.

Jika benarlah SPRM tidak mendapati sebarang kesalahan baik dalam isu RM2.6 bilion dan SRC RM42 juta, kenapa AG perlukan penjelasan daripada SPRM mengenai beberapa cadangan dan tindakan yang disyorkan oleh pihak SPRM?

Apakah benar SPRM ada mengesyorkan TIDAK ADA KES sepertimana didakwa oleh AG dan kerajaan Najib?

Mengikut logik, dalam laporan awalnya yang dikembalikan oleh AG, beberapa cadangan dan tindakan yang disyorkan oleh pihak SPRM adalah TUTUP KES! Dan itu diminta penjelasan oleh AG?

TIDAK MASUK AKAL LANGSUNG!

Samalah tidak masuk akal langsung bila Najib kata dana Cayman dimasukkan di BSI Singapura kerana peraturan Bank Negara yang menyusahkan, akhirnya memang tidak ada pun duit itu di sana!!!

BACA INI JUGA: Teks Penuh Tuntutan Deklarasi Rakyat

[Sumber]

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

3 comments

Tak reti nak komen dah bab2 PM kita ni hahaha...

Memang susah nak komen apa-apa, pening hehe

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon