Feb 17, 2016

Ikan Pelik Menyerupai Buaya Ditemui Di Australia

Seekor ikan pelik menyerupai buaya di bahagian ekor dan kepala seperti ikan lumba-lumba ditemui terdampar di Australia.

Ikan+Pelik

Ikan tersebut ditemui terdampar di tebing Tasik Macquarie di New South Wales, Australia.

Ethan Tipper merakamkan gambar ikan pelik itu dan memuat naik dilaman sosial namun tiada siapa yang dapat meneka spesis ikan tersebut.

Ikan tersebut mempunyai badan panjang dengan ekor seperti buaya tanpa kaki manakala kepalanya berbentuk seperti ikan lumba-lumba dan mulut yang dipenuhi gigi tajam.

Sementara itu, pengumpul ikan sebuah muzium di Australia, Mark McGraouter berkata, ikan tersebut berkemungkinan dari spesis belut yang berasal dari laut dalam di pantai timur Australia.

"Ini adalah pertama kali dia melihat spesis ikan seperti itu dan mengesyaki ia ditangkap oleh nelayan," katanya dipetik Mirror.uk

Spesis belut tersebut yang mengelupar apabila ditangkap sehingga merosakkan jaring nelayan boleh membesar sehingga 1.8 meter panjang.

BACA INI JUGA: Ikan Paling Mahal Di Malaysia

Sumber: Sinarharian.com.my

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

4 comments

Memang pelik haiwan ini...namun tiada yang pelik jika kita yakin akan kuasa maha pencipta.

Memang pelik...
Rahsia ciptaan Allah

Ishhh menakutkan... klu tengah berenang dlm air jernih mcm tu dan ternampak ikan tu... fuiiii...

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon