Wednesday, January 13, 2016

Senarai Filem Wajib Tonton Januari 2016!


Selalunya awal tahun akan menampilkan filem-filem yang suram, yang mana Hollywood akan melemparkan judul-judul dari tahun lepas ke bulan Januari, namun di sebalik semua ini kita juga dapat menyaksikan beberapa filem menarik di mana Hollywood bersiap sedia untuk musim Oscar.

Filem+wajib+tonton+Jan

Sementara terdapat beberapa filem menarik Januari ini, terdapat juga filem-filem lain dari luar Hollywood (termasuk beberapa dari Malaysia) yang akan menemui anda pada bulan Januari.

Jadi berikut adalah senarai filem yang akan ditayangkan pada Januari 2016!

The Big Short
Tarikh tayangan: 7 Januari

The Big Short.jpg

Apabila seorang pengurus dana simpanan meramalkan pasaran hartanah di Amerika Syarikat bakal jatuh, dia mula mencari dana untuk melawan pasaran.

Walaupun ia mengisahkan tentang krisis pasaran hartanah, namun ia sangat menarik bagaimana malapetaka ekonomi dapat berlaku tanpa disedari.

Sementara filem J.C. Chandor "Margin Call" menumpukan kepada korporat yang membuat keputusan mendadak untuk menyelamatkan diri mereka sendiri, "The Big Short" pula mengisahkan tentang kecenderungan tidak bermoral dan tamak mengambil kesempatan terhadap masalah kewangan orang lain untuk kepentingan diri sendiri.

Diadaptasi dari bukul tulisan Michael Lewis dengan judul sama, ia diarahkan oleh Adam McKay yang berjaya mengumpulkan barisan pelakon hebat seperti Christian Bale, Ryan Gosling, Brad Pitt dan Steve Carrell.

Macbeth
Tarikh tayangan: 7 Januari

Macbeth.jpg

Filem ini pada mulanya dijadualkan untuk tayangan hari Natal tahun lalu, bagaimanapun ia telah ditukar kepada tahun ini. Ia merupakan sebuah filem adaptasi dari karya William Shakespeare yang dinanti-nantikan.

Untuk pengetahuan anda, adaptasi oleh Justin Kurzel ini telah diangkat sebagai salah sebuah adaptasi terbaik, sejak adapatasi Roman Polanski pada tahun 1971.

Ia dibintangi oleh oleh Michael Fassbender dan Marion Cotillard.

Mojin: The Lost Legend
Tarikh tayangan: 7 Januari

Mojin - The Lost Legend

Apabila sudah membosan menjual barangan-barangan purba di New York, sepasukan perompak telah diupah oleh seorang wanita misteri untuk mencuri batu purba yang mempunyai kuasa menghidupkan orang mati yang tersembunyi di sebuah makam pendalaman Mongolia.

Diadaptasi dari novel bersiri popular oleh Tianxi Bachang ini mengisahkan tentang trio perompak makam boleh dikatakan seperti "Indiana Jones" China.

Walaupun jangkaan terhadap filem ini rendah, namuan "Mohin: The Lost Legend" telah berjaya menjadi filem China 3D mendapat kutipan tinggi.

Ia dibintangi oleh Shu Qi, Angelababy, Chen Kun dan Huang Bo.

Langit Cinta
Tarikh tayangan: 7 Januari

Langit Cinta

Alif seorang anak yang mengikut setiap kata bapanya yang mahu dia mengambil alih syarikat, namun semuanya berubah apabila dia mula mengenali seorang gadis kampung bernama Khadijah yang mana dia telah jatuh cinta.

Bagaimanapun, cintanya itu tidak mendapat restu bapanya. Aliff nekad apabila melamar gadis pilihannya itu dan sejak itu hubungan mereka berdepan pelbagai dugaan.

Selepas berjaya mencetuskan fenomena menerusi filem "Ombak Rindu", pengarah Osman Ali tampil lagi dengan sebuah filem romantik drama untuk tatapan penonton.

Walaupun industri keadaan industri perfileman tempatan dilihat tidak memberansangkan, namun pihak Astro Shaw mempunyai rangka strategi tersendiri untuk memperomosikan filem "Langit Cinta" ini supaya ia mampu setanding dengan filem terdahulu.

Jika dilihat daripada barisan pelakon yang ditampilkan seperti Keith Foo, Nur Fazura, Farid Kamil, Siti Saleha, Datuk Jalaluddin Hassan dan ramai lagi ini dilihat mampu mencetuskan sesuatu.

Mr. Unbelievable
Tarikh tayangan: 14 Januari

Mr. Unbelievable

Dilahirkan pada hari yang sama sebagai Singapura, Eric Kwek diadaptasi dari penyanyi Getai, Master Lo Man, membesar dengan belajar untuk menyanyi lagu klasik Hokkien.

Sebagai mana populariti muzik Getai semakin dilupai, Eric cuba memberi nafas baru terhadap genre muzik dengan menggabungkan bunyi klasik dengan suntikan Singlish untuk menarik pendengar muda.

Ketika ini, kebanyakkan filem banyak diadaptasi dari novel, komik, dan permainan video, namun ramai tidak menyangka sebuah muzik video yang viral boleh menjadi sebuah filem cereka.

Selepas muzik video tersebut menjadi viral dalam masa dua minggu, pengarah filem Ong Kuo Sin mengambil keputusan untuk mengarah filem berdasarkan muzik video tersebut.

Senior
Tarikh tayangan: 14 Januari

Senior

Mon adalah orang buangan dari sekolah Katolik perempuan. Dia mempunyai deria keenam iaitu dia dapat menghidup orang mati. Secara spesifiknya, dia dapat menghidu roh yang bermasalah yang masih berlegar di dunia manusia.

Dia kemudian membina hubungan dengan hantu lelaki yang pernah menjadi pelajar pada tahun 1980an, sebelum ia bertukar menjadi gereja perempuan.

Bersama, kedua-dua mereka menyiasat satu kes pembunuhan yang berlaku 50 tahun lalu membabitkan puteri yang dipukul dan dibunuh di dalam kolam renang.

Terdapat beberapa pilihan filem Thailand menarik bulan Januari ini. Walaupun ia menampilkan babak romantik komedi, namun ia turut disuntik beberapa elemen seram, romantik dan misteri dengan sedikit 'twist' dalam filem arahan Wisit Sasanatieng.

The Boy
Tarikh tayangan: 21 Januari

The Boy

Seorang pengasuh warga Amerika telah diupah bekerja di sebuah rumah agam di kawasan pendalaman England yang mana dia mendapati dirinya perlu mengasuh patung proselin budak lelaki.

Berasa tertipu dan perlu mengikut pantang larang ketat ketika menjaga patung itu, pengasuh itu telah melanggar salah satu pantang larang dan perlu menanggung risiko hebat.

Bulan Januari juga mempunyai banyak pilihan filem seram seperti dari Malaysia, Indonesia, Thailand dan juga Hollywood.

Namun kami memilih filem seram arahan William Brent Bell "The Boy" kerana ia mengisahkan tentang pasangan suami isteri yang hidup dalam penafian apabila menganggap patung tersebut sebagai anak mereka sendiri.

Mungkin filem seram ini mampu membuatkan anda tidak tidur lena pada waktu malam selepas filem "Annabelle" gagal berbuat demikian.

Ola Bola
Tarikh tayangan: 28 Januari

Ola Bola

Ia mengisahkan kembali ketika zaman kegemilangan bola sepak Malaysia pada tahun 1970an apabila pasukan yang diwakili oleh pelbagai bangsa perlu belajar untuk mengenepikan perbezaan mereka untuk merebut tempat ke Sukan Asia.

Selepas berjaya mendominasi carta pecah panggung pada tahun 2014 menerusi filem "The Journey", namun ia tidak bertahan lama apabila dirampas oleh "Polis Evo" pada tahun 2015, pengarah Chiu Keng Guan mungkin mampu merampas kembali takhta tersebut dengan filem terbaru arahannya berjudul "Ola Bola".

Ini merupakan filem pertama pengarah yang memaparkan di luar konteks masyarakat Cina yang mana menampilkan pelakon baru (kecuali Bront Palarae).

Kami berharap filem "Ola Bola" akan menjadi filem bola sepak Malaysia yang terbaik.

Steve Jobs
Tarikh tayangan: 28 Januari

Steve Jobs

Memaparkan pelancaran tiga produk besar Apple, kehidupan peribadi dan inovasi Steve Jobs yang mana menyaksikan hari-harinya sebagai bos besar Apple.

Filem biopik ini diangkat dari novel nukilan Walter Issacson pada tahun 2011, yang mana ditulis oleh Aaron Sorkin dan diarahkan oleh Danny Boyle, kami sudah pun dapat menjangkakan ia kan menjadi sebuah filem hebat walaupun tanpa menyebut nama pelakon Michael Fassbender sebagai Steve Jobs selain dibintangi oleh Seth Rogen, Jeff Daniels dan Kate Winslet.

Ketika ia ditayangkan di Festival Filem Telluride 2015, filem tersebut terpalit dengan kontroversi apabila tidak mendapat kebenaran daripada keluarga Steve Jobs dan ada mempersoal karakteristiknya, tetapi "Steve Jobs" adalah sebuah filem wajib tonton bagi semua orang.

The Revenant
Tarikh tayangan: 28 Januari

The Revenant

Selepas ditinggalkan untuk mati, pemburu Hugh Glass mahu membalas dendam, tetapi perlu bertahan dari kehidupan liar hutan Montana, sebelum menjejaki individu yang bertanggungjawab terhadap 'kematian' nya.

Sebelum ini, kita menyaksikan filem adiwira baru dari pengarah Alejandro G. Iñárritu, dan tahun kemudiannya kita sekali lagi disuap dengan filem terbarunya yang bakal menuju kegemilangan Oscar.

Filem terbaru arahannya "The Revenant" pastinya akan menjadi perhatian penonton kerana ia dibintangi oleh pelakon hebat seperti Leonardo DiCaprio dan Tom Hardy sebagai peneraju.

Dan ia juga mungkin akan menjadi sebuah lagi filem terhebat DiCaprio dan mengapa dia berhak untuk memenangi anugerah Oscar pertamanya.

Selamat menonton..

BACA INI JUGA: Filem-filem Paling Mahal Hollywood

Sumber: Cinema

2 comments

  1. Best2 nampaknya ni... semua saya belum tengok. Thanks sharing SP... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak movie hebat bulan ni, selamat menonton ya KK :)

      Delete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon