Wednesday, January 06, 2016

Remaja Mengaku Bersalah Reka Cerita Kononnya Diculik!


Remaja perempuan yang mereka cerita diculik baru-baru ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Klang dan mengaku bersalah terhadap tuduhan memberi maklumat palsu.

Nur Amirah Athirah

Dia yang berusia 15 tahun membuat pengakuan itu di hadapan Majistret, Nor Asma Ahmad.

Gadis itu bersalah dengan sengaja telah menggunakan keterangan bahawa diculik sebagai keterangan benar adalah palsu.

Kesalahan itu dilakukan di Bandar Sultan Suleiman, Klang jam 9.12 pagi pada 29 Disember lalu.

Nor Asma menetapkan 14 Januari depan untuk fakta dan perintah.

Sementara itu, seorang pekerja penyembur nyamuk sambilan mengaku tidak bersalah merogol gadis berkenaan.

Dia yang berusia 16 tahun itu didakwa merogol mangsa yang ketika itu berusia 13 tahun enam bulan di sebuah rumah di Bandar Suleiman pada sekitar Disember 2014.

Selain itu, remaja lelaki, Gan Chin Teck,19, mengaku tidak bersalah atas tuduhan melarikan remaja bawah umur tanpa keizinan penjaga yang sah.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di hadapan Sekolah Kebangsaan Bandar Sultan Suleiman, dekat sini pada 27 Disember lalu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Syed Farid Syed Ali mengikut Seksyen 196 Kanun Keseksaan dan Seksyen 376 serta Seksyen 361 kanun sama.

Sebelum ini, kehilangan gadis itu menjadi viral di media sosial selepas rakaman perbualan telefon bersama kakak angkatnya tersebar.

Pada peringkat awal, remaja itu masih boleh dihubungi menerusi telefon bimbit yang memaklumkan bahawa dia keluar untuk berjumpa rakannya, sebelum dimaklumkan beliau dilarikan dua lelaki tidak dikenali semasa dalam perjalanan ke rumah.

Dia juga memberitahu dirinya dibawa ke sebuah gudang dengan menaiki sebuah van warna putih.

Dia kemudiannya ditemui selamat oleh sepasukan polis di hadapan sebuah stesen minyak di Kanchong Darat, Banting, dekat sini.

BACA INI JUGA: Gambar Terakhir Regina Kay, Mangsa Pembunuh Bersiri

Sumber: Sinarharian.com.my

4 comments

  1. asalam SP...tadi nak singgah di pejabat SP..tak sempat pula ..
    pelik juga kan ..yang penting dah selamat. Tapi tak bagus bah reka2 cerita ni...kesan buruk pada diri sendiri, semoga dia sedar lah siapa dia ..keluarga dah malu rasanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam cikgu etuza, whatsapp saja ba..hehe

      Delete
  2. Isk..kenapa lah budak zaman sekarang terlampau berani..
    Macam2 je

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon