Wednesday, December 23, 2015

5 Sebab Untuk Anda Tonton 'Ip Man 3'


Bintang aksi terkemuka, Donnie Yen pernah membawa pelbagai jenis watak yang melonjakkan namanya sejak membuat kemunculan semula pada tahun 2005 menerusi filem "SPL", tetapi masih ramai peminatnya sering mengaitkan Yen dengan watak ikoniknya sebagai guru lagenda Wing Chun dalam "Ip Man".

Ip Man 3.jpg

Selepas kejayaan dua buah filem terdahulu "Ip Man", Yen akhirnya kembali untuk kali terakhir untuk filem ketiga.

Kembali disatukan dengan pengarah Wilson Yip, "Ip Man 3" turut menampilkan pelakon seni mempertahankan diri Zhang Jin ("The Grandmaster", "SPL II: A Time for Consequences") dan bekas peninju heavyweight lagenda dan pelakon, Mike Tyson.

Tahun ini, filem "Ip Man 3" telah mendapat tarikh tayangan pada petang Hari Natal, yang mana turut menyaksikan beberapa filem menarik ditayangkan pada hari yang sama.

Jadi jika anda seorang peminat filem "Ip man", Donnie Yen, atau pun filem bergenre seni mempertahankan diri, berikut adalah lima sebab untuk anda menonton "Ip Man 3":

Donnie Yen vs. Zhang Jin

Donnie Yen vs. Zhang Jin

Sejak Zhang Jin membuktikan kehebatannya dengan seni mempertahankan dirinya dalam filem biopik Wong Kar-Wai, "The Grandmaster" pada 2013 yang berjaya memenangi anugerah, peminat hasil kerjanya akhirnya berpeluang lagi untuk menyaksikan pertarungannya dengan Donnie Yen dalam "Ip Man 3".

Anda bakal menyaksikan babak pertarungan hebat di antara Donnie Yen dan Zhang Jin, yang mana pastinya akan menjadi buah mulut dalam babak seni mempertahankan diri untuk tahun ini.

Donnie Yen vs. Mike Tyson

Donnie Yen vs. Mike Tyson

Ini juga adalah salah satu babak pertarungan yang sangat dinanti-nantikan; Donnie Yen menentang Mike Tyson.

Tyson yang sememangnya terkenal dengan kepantasan dan tumbukan padu, dan ia sangat menarik untuk melihat Tyson menggunakan bakat profesionalnya di layar perak menentang Donnie Yen.

Yuen Woo-Ping sebagai koreografer aksi

Yuen Woo-Ping sebagai koreografer aksi

Nama Yuen Woo-Ping bukanlah asing dalam genre seni mempertahankan diri. Jika anda tidak mengenali beliau, beliau sebenarnya merupakan orang yang bertanggungjawab dalam beberapa sinematografi aksi terbaik dalam filem Hong Kong dan Hollywood, termasuk "Once Upon A Time In China II" dan "Iron Monkey" (di mana dia bekerja dengan Donnie Yen dalam kedua-dua filem), "Fist Of Legend", "Crouching Tiger, Hidden Dragon", "Fearless", "The Grandmaster", trilogi "The Matrix" dan "Kill Bill: Volume 1 & 2".

Watak Bruce Lee akhirnya diperkenalkan

Bruce Lee.jpg

Ya, Bruce Lee sememangnya sudah diperkenalkan dalam filem kedua "Ip Man", tetapi babaknya hanyalah sedikit iaitu kameo pada akhir filem tersebut.

Kali ini, watak Bruce Lee akan ditampilkan dalam filem ketiga dan pihak produksi dilihat telah membuat keputusan bijak apabila memilih Danny Chan untuk membawa watak sebagai mendiang bintang lagenda seni mempertahan diri itu.

Danny Chan sebelum ini terkenal dengan watak pembantu sebagai penjaga gawang dalam filem "Shaolin Soccer" dan ketua Geng Kapak, Abang Sum dalam filem "Kung Fu Hustle".

Wing Chun vs. Muay Thai

Wing Chun vs. Muay Thai.jpg

Ini merupakan kali pertama kita dapat menyaksikan Donnie Yen menggunakan skil Wing Chun menentang peninju Muay Thai, Sarut Khanwilai. Khanwilai merupakan 'stunt double' untuk Tony Jaa dalam filem "Skin Trade".

"Ip Man 3" akan mula ditayangkan di seluruh negara pada 24 Disember 2015.

BACA INI JUGA: Kisah Tentang Bruce Lee Yang Tidak Semua Orang Tahu

Sumber: Cinema

3 comments

  1. cerita IP Man 3 sangat menarik bro..ada kesempatan nak tengok dalam TV je lah

    ReplyDelete
  2. cerita bagus..ada jg menonton...ikut anak2 tengok..

    ReplyDelete
  3. mesti tonton 1 dan 2 dan ikut....yang ketiga takkan nak tinggal bukan?

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon