Aug 16, 2015

7 Jenis Klimaks Wanita

Kali ini saya ingin memberikan satu maklumat tentang jenis klimaks wanita yang akan mengejutkan anda.  Pasti ramai yang tak tahu terdapat 7 jenis klimaks yang boleh dialami oleh seseorang wanita.

Klimaks
Gambar hiasan.

Wanita boleh mengalami 7 jenis klimaks yang dihasilkan daripada rangsangan pada bahagian yang berbeza pada tubuh badan mereka.

Ramai yang hanya tahu wanita boleh klimaks dan orgasme daripada bahagian-bahagian tubuh yang sensitif sahaja seperti alat sulit, tetapi kali ini 7 jenis klimaks ini akan membuatkan anda berfikir lebih panjang bagaimana untuk memuaskan pasangan anda.

Klimaks Biji Kelentit

Klimaks ini terhasil daripada rangsangan kepada biji kelentit. Jenis klimaks ini adalah begitu hebat dan mengasyikkan dan seringkali melibatkan keseluruhan tubuh badan. Ini tidak mengejutkan kerana seperti yang anda tahu biji kelentit adalah antara bahagian yang paling sensitif pada tubuh badan seorang wanita.

Biji kelentit dipenuhi oleh saraf-saraf yang bertindak balas sepenuhnya kepada rangsangan. Sebagai suami, cuba bayangkan kepala zakar anda yang sensitif itu dikecilkan kepada saiz biji kelentit.

Walaubagaimanapun, tahap sensitiviti bagi setiap wanita adalah berbeza. Begitu juga tahap klimaks yang dialami oleh wanita dari rangsangan biji kelentit.

Klimaks Faraj

Jenis klimaks ini bermula pada bahagian faraj, iaitu lubang faraj dan merebak ke bahagian pinggul dan perut. Otot-otot yang terlibat seperti otot-otot pelvik dan otot-otot dubur akan mengemut dengan kuat ketika orgasme ini berlaku.

Kadang-kadang kemutan ini terlalu kuat sehingga otot-otot faraj akan cuba menolak zakar keluar daripada faraj.

Berbeza dengan klimaks biji kelentit yang mudah dicapai, wanita mengambil masa yang lebih lama untuk klimaks daripada rangsangan faraj.

Statistik menunjukkan purata masa yang diambil oleh wanita untuk mencapai orgasme melalui rangsangan faraj ialah antara 20 hingga 25 minit. Dan ramai wanita yang menyatakan klimaks dari rangsangan faraj adalah kurang hebat berbanding klimaks dari rangsangan biji kelentit.

Walaubagaimanapun, kebanyakkan wanita menggemari klimaks daripada faraj kerana menurut mereka sensasi ini lebih perlahan, dan erotik.

Klimaks G-Spot

Klimaks ini bermula daripada bahagian G-Spot dan boleh terus tertumpu di bahagian tersebut, atau merebak ke seluruh tubuh badan.

Seperti klimaks dari rangsangan faraj, klimaks dari G-Spot mengambil masa yang agak lama untuk dicapai. Tetapi ramai wanita yang menyatakan sensasi yang dialami dari klimaks G-Spot adalah amat berbeza daripada perasaan yang di alami untuk klimaks biji kelentit dan klimaks faraj.

Malahan, ramai wanita yang mengalami klimaks dari rangsangan G-Spot akan memancutkan cairan dari faraj, tanpa mereka sedari.

Klimaks Payudara

Mesti ramai yang tak tahu seorang wanita boleh klimaks hanya dari rangsangan payudara. Jika anda hendak tahu, saraf-saraf pada bahagian puting payudara berkait rapat dengan alat sulit wanita.

Malah ramai wanita yang berasa rangsangan pada alat sulit mereka, seperti biji kelentit apabila puting payudara mereka dirangsang.

Walaubagaimanapun tidak semua wanita boleh mencapai klimaks dan orgasme daripada rangsangan payudara. Ini bergantung kepada tahap sensitiviti payudara mereka.

Klimaks Oral

Klimaks oral di sini bukanlah klimaks daripada seks oral, seperti Cunnilingus atau Fellatio. Klimaks oral yang saya maksudkan di sini ialah klimaks daripada rangsangan pada bibir, seperti ciuman.

Klimaks jenis ini boleh dicapai oleh wanita yang sensitif pada bahagian mulut. Wanita yang mengalami klimaks oral menyatakan mereka merasakan sensasi bermula pada bibir, dan merebak ke arah alat sulit, seterusnya ke seluruh tubuh badan mereka.

Klimaks Kulit

Jangan terkejut sekiranya ada wanita yang boleh mencapai klimaks dan orgasme hanya dengan rangsangan pada kulit mereka. Ini adalah kes terpencil dan jenis klimaks ini sukar dicapai oleh kebanyakkan wanita.

Walaubagaimanapun, fakta menunjukkan wanita boleh klimaks dengan rangsangan pada kulit. Seringkali orgasme jenis ini dialami oleh wanita ketika sesi urutan atau ketika foreplay bersama pasangan.

Jadi bagaimana para suami, sudah tiba masanya anda belajar bagaimana untuk mengurut isteri anda.

Klimaks Pancutan dan Ejakulasi

Ini adalah klimaks mutlak bagi seorang wanita. Tidak semua wanita boleh mencapai jenis klimaks ini secara semulajadi.

Salah satu teknik untuk membuatkan wanita pancut adalah dengan melakukan rangsangan secara terus kepada bahagian G-Spot. Ini kerana G-Spot terletak berdekatan dengan saluran kencing.

Oleh itu rangsangan pada bahagian ini akan menimbulkan rasa ingin kencing pada sesorang wanita. Jangan risau pancutan yang dihasilkan bukan air kencing, tetapi air mani wanita.

Teknik-teknik lain yang lebih berkesan untuk membuatkan wanita mengalami pancutan dan ejakulasi adalah dengan mengamalkan posisi seks yang sesuai.

Memilih klimaks yang sesuai untuk isteri anda

Anda telah tahu jenis klimaks wanita. Sekarang anda perlu tahu bagaimana untuk memilih klimaks yang sesuai untuk isteri anda. Saya tidak ada jawapan tepat untuk soalan ini kerana setiap individu adalah unik dan berbeza. Cuma nasihat yang boleh saya berikan ialah ‘kenali isteri anda’.

Anda mungkin telah lama berkahwin, dan telah berkali-kali melakukan aktiviti seksual, tetapi adakah anda benar-benar mengenali isteri anda dari segi seksual. Apakah ciri-ciri seksualiti beliau? Apakah jenis-jenis klimaks yang beliau gemari? Di manakah bahagian yang paling sensitif pada tubuh beliau?

Saya serahkan kepada anda untuk mencari jawapan bagi soalan ini.

BACA INI JUGA: Bila Suami Isteri ENGGAN Lagi Lakukan Seks

Sumber: Teknikpancutkanisteri

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon