Jul 28, 2015

Punca Pemecatan Dan Kenyataan Balas Muhyiddin Yassin

Punca utama pemecatan jawatan Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri adalah disebabkan pertikaiannya terhadap syarikat pelaburan strategik kerajaan 1MDB yang didakwa berlaku penyelewengan.

MY

Selain itu, Muhyiddin juga tidak memihak dan mempertikaikan kepimpinan Najib Razak. Muhyiddin dalam satu kenyataan rasmi sebelum ini dilihat seolah-olah tidak lagi menyokong kepimpinan Barisan Nasional.

Muhyiddin Yassin juga mengakui jika pilihan raya umum diadakan dalam masa yang terdekat, UMNO akan tewas susulan parti UMNO itu kini berdepan dengan krisis kepercayaan berikutan kontroversi firma pelaburan 1MDB.

Kenyataan Balas Muhyiddin Yassin Selepas Dipecat Sebagai TPM

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, saya mengucapkan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri kerana telah memberikan peluang kepada saya untuk berkhidmat dalam pentadbiran kerajaan persekutuan sebagai Timbalan Perdana Menteri bermula 10 April 2009.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan, pemimpin pertubuhan bukan kerajaan dan semua pihak yang telah menyokong saya sepanjang saya menjalankan tugas sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Saya menerima keputusan YAB Perdana Menteri untuk menggugurkan saya daripada kabinet dengan hati yang terbuka. Saya menghormati kuasa prerogatif YAB Perdana Menteri untuk melantik dan menggugurkan mana-mana anggota kabinet.

Sebagai Timbalan Perdana Menteri, saya telah terlibat secara langsung dalam pembuatan dasar-dasar kerajaan dan melaksanakan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepada saya dengan penuh amanah. Selama saya berkhidmat, saya sentiasa mendokong semua dasar kerajaan dan menyokong kepimpinan YAB Perdana Menteri.

Kecuali dalam isu 1MDB, saya mempunyai prinsip dan pendirian saya sendiri dalam mempertahankan hak rakyat, namai baik parti dan kepentingan negara. Jika kerana pendirian saya dalam isu ini menyebabkan saya digugurkan daripada kabinet maka saya redha.

Saya akan sentiasa setia kepada perjuangan UMNO. Sebagai Timbalan Presiden UMNO, saya akan terus melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada saya dan mencurahkan khidmat bakti saya demi memperkukuhkan parti serta mengembalikan keyakinan orang Melayu dan rakyat kepada UMNO.

Kepada Allah saya berserah.

TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN


Apapun alasan yang Najib berikan, sekalung tahniah buat Muhyiddin Yassin yang berani berkata benar tentang Skandal 1MDB yang dipersoalkan kebanyakan rakyat kini.

Jelas beliau mempunyai prinsip dan pendirian dalam isu yang melibatkan dana milik rakyat biarpun akhirnya jawatannya tergadai.

Berapa kerat sangat dalam negara kita ada pemimpin macam sehebat ini di pihak Barisan Nasional mahupun Pembangkang?

Kebanyakannya bila dah ada jawatan, ada kuasa, takut nak menyanggah pendapat pemimpin yang lebih tinggi, walaupun jelas pendapat pemimpin atasan itu salah! Bimbang hilang jawatan, hilang kuasa..

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon