Thursday, March 12, 2015

Gambar Tidur Tersebar, 2 Anggota Polis Butterworth Dikenakan Tindakan


Gambar dua anggota polis sedang tidur ketika bertugas di Balai Polis Komuniti Mak Mandin, Butterworth, Georgetown, tersebar dengan meluas dalam media sosial mencetuskan sensasi dan mendapat kritikan orang ramai.

Polis_tidur

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata ekoran penyebaran gambar itu dalam laman sosial, pihaknya membuka kertas siasatan tatatertib untuk tindakan disiplin.

Dalam satu kenyataan kelmarin, “Sementara menunggu siasatan dan keputusan tindakan disiplin, dua anggota itu diarah bertukar dalam tempoh 24 jam ke Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara (SPU).

"Saya memandang serius perkara itu dan tindakan tegas akan diambil," katanya dalam kenyataan.

Dalam gambar tersebut, anggota polis yang sedang bertugas di kaunter pertanyaan dilihat tidur tanpa menyedari gambar mereka diambil.

Gambar itu kemudiannya disebarkan di laman sosial termasuk menerusi aplikasi Whatsapp dan mendapat kritikan pelbagai pihak..

Rata-ratanya mengecam perbuatan dua anggota tersebut yang menjejaskan integriti badan berkuasa ketika menjalankan tugas.

BACA INI JUGA: Doktor, Individu Paling Dipercayai Di Malaysia

4 comments

  1. hihihihi lagi tugas ko tidur iya :D

    ReplyDelete
  2. Kesian juga..mungkin diorang terlalu penat.. tapi apa2 pun kena hati2, semua orang sekarang ada camera di hp.. Jadikan sebagai pengajaran untuk kita semua..

    ReplyDelete
  3. hahaha sape la yg tangkap dengki betul..

    ReplyDelete
  4. nyenak betul polis tu tidur ye. orang masuk balai pun mesti tak sedar tu

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon