Thursday, February 05, 2015

Tuduhan Ustaz Kazim Elias Rasis Idea Strategi Yahudi


Tindakan Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Jambu, Tumpat, Kelantan, Pui Tiong Lam membuat laporan Polis ke atas Ustaz Kazim Elias menunjukkan bahawa bukan sahaja orang bukan Melayu mempunyai masalah memahami bahasa Melayu malah mereka masih mempunyai syak wasangka yang keterlaluan.

Anti_semitism

Laporan ke atas video Datuk Ustaz Kazim Elias sedang memberi ceramah dalam satu majlis beberapa tahun lalu menunjukkan sikap sebenar pembuat laporan ini hanya mahu mencetuskan isu perkauman dan mewujudkan kebencian antara kaum bagi tujuan politik sahaja.

Tiong Lam mendakwa beliau menerima satu rakaman video menerusi whatsapp daripada seorang lelaki ‘Mr Gan’, yang menunjukkan Datuk Ustaz Kazim sedang memberi ceramah.

Antara lain, beliau mendakwa di dalam video itu Datuk Ustaz Kazim ada mengatakan orang Cina hanya tahu melepak di kedai-kedai minum dan mabuk secara terbuka tanpa menghiraukan orang ramai.

Beliau mendakwa ceramah Datuk Ustaz Kazim itu seolah-olah mahu mengaibkan kaum Cina dan mengatakan kaum Cina hanya menumpang di Malaysia.

Hanya kira-kira dua minit sahaja daripada video berdurasi 10 minit itu mengandungi kandungan ucapan seperti yang didakwa oleh Tiong Lam.

Jika kita membaca transkrip [Baca SINI] atau mendengar ucapan Ustaz Kazim Elias, jelas sekali beliau hanya mempertahankan orang Melayu yang dituduh oleh kaum Cina sebagai cuba menjadi “tuan” di negara ini.

Maka Kazim bertanya siapa Tuan sebenarnya jika kerja-kerja bergaji rendah tetapi mempunyai kepentingan negara dibuat oleh orang Melayu? Di mana rasisnya?

Apakah maksud perkauman yang salah? Perkauman tidak salah, yang salah ialah perkauman yang melampau sehingga mewujudkan penindasan, diskriminasi dan kebencian kepada kaum lain.

Apakah ini yang dibuat oleh Kazim Elias? Tidak!

Apakah Kazim sedang menghasut orang Melayu membenci kaum Cina? Tidak?

Sebaliknya di hujung ucapan yang menjadi kontroversi ini Kazim dengan jelas menyalah orang Melayu bukannya Cina.

“Jawapannya mudah. Sebab ada orang Melayu yang sokong depa.”

Bagaimana orang yang menyalahkan kaumnya sendiri boleh dianggap rasis atau bersikap perkauman melampau?

Malangnya, Pui Tong Lam yang mungkin tidak bersekolah di sekolah kebangsaan tidak memahami dengan baik kandungan ucapan Kazim dan menuduh penceramah popular ini sebagai bersikap perkauman.

Malah kemungkinan lebih besar, ini hanyalah agenda politik dan bukannya isu kaum Cina.

Siapa yang rasis sebenarnya? Kazim Elias yang menceritakan keadaan sebenar atau parti tertentu yang tidak boleh mendengar apa sahaja pandangan yang negatif terhadap kaum Cina?

Apakah setiap kritikan atau hatta menyatakan realiti mengenai Kaum Cina di negara ini harus dianggap sebagai gerakan kebencian ke atas kaum Cina?

Mereka menggunakan idea seperti Zionis di barat yang melabelkan setiap kritikan ke atas kaum mereka sebagi anti-semitism atau kebencian terhadap yahudi.

Kaedah ini digunakan bagi membolehkan orang Yahudi bebas berbuat apa sahaja dan berselindung di sebalik mantra anti-semitisme ini.

Fikir-fikirkan..

BACA INI JUGA: Lim Kit Siang Rasis Dan Dia Memang Rasis - Dr Mahathir

Sumber: MYKMU.NET

4 comments

  1. Semoga semuanya baik-baik saja buat Ustaz

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengan niat Ustaz Kazim yang ikhlas menyedarkan umat Islam, Insyaa-Allah akan sentiasa ada bantuan dari Allah..

      Delete
  2. Jika kita bercakap tentang bangsa kita, kita dianggap rasis tapi kalau mereka cakap pasal bangsa mereka, tak pula dianggap rasis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau diteliti kaedah yang diorang gunakan sejak akhir-akhir ni, memang sangat licik dan mampu mengkucar-kacirkan umat Islam di Malaysia.

      Delete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon