Thursday, February 05, 2015

Ceramah Ustaz Kazim Yang Didakwa Rasis


Ustaz Kazim Elias menafikan dakwaan bahawa beliau rasis dan mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman dalam rakaman video ceramahnya yang disebarkan, baru-baru ini.

Ustaz Kazim Elias

Beliau berkata isi kandungan ceramah di Kuala Lumpur enam tahun lepas itu, bertujuan mempertahankan kedudukan Raja-Raja Melayu, keistimewaan orang Melayu dan kedudukan Islam sebagai agama rasmi yang sering dipertikai pihak tertentu.

“Si pengadu tidak faham apa yang saya cakap atau dia hanya faham dua minit itu, dia tidak melihat sebelum dan selepas dari dua minit,” katanya kepada pemberita.

Mohamad Kazim yang lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim, berkata adalah menjadi kewajipan beliau sebagai seorang Muslim mempertahankan kesemua perkara itu (kedudukan Raja-Raja Melayu, keistimewaan orang Melayu dan kedudukan Islam sebagai agama rasmi) kerana ia sesuatu yang dituntut oleh Islam.

Beliau berkata isu itu sengaja ditimbulkan bagi menutup isu lain yang sedang hangat diperkatakan seperti hudud dan pelaksanaan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT), yang diperjuangkan pembangkang.

“Saya bukan hendak bertelagah atau bergaduh…dia (individu yang membuat laporan polis) buat tuduhan melulu. Isu ini telah lapuk, kira-kira enam tahun lepas dan sengaja ditimbulkan balik.

“Saya bukan orang politik, saya bukan orang yang terlibat dalam mana-mana parti politik, hanya bercakap atas soal agama tetapi saya dituduh dan diganggu,” katanya.

Mohamad Kazim juga melihat dakwaan itu sebagai satu usaha untuk menyekat kemunculan beliau menyampaikan ceramah di khalayak ramai.

Ustaz Kazim juga telah membuat laporan di Balai Polis Manjoi berhubung penyebaran rakaman video ceramah beliau yang didakwa berbaur perkauman.

Isi kandungan ceramah

Berdasarkan laporan portal ismaweb.net, di bawah adalah salinan transkrip ucapan Ustaz Kazim dalam ceramah tersebut yang dianggap rasis oleh Tiong Lam:

“Cuba tuan-tuan tengok orang Cina rumah depa macam mana, depa lepak di kedai buat apa. Minum arak slamber rock saja masuk disko. Askar Melayu dok jaga dalam hutan, tengah laut. Sekarang sapa tuan sapa hamba.

“Tiba-tiba depa nak kata, kami tak mau ketuanan Melayu. Sapa tuan sekarang ni? Kita orang Melayu yang dok sokong depa, kita lupa bangsa kita yang dok jaga tengah laut, bangsa kita yang dok jaga dalam hutan. Puak-puak Cina bukannya ada. Hindu ada? berapa kerat Hindu yang jadi askar.

“Rompak banyak. Sewenang-wenang pi Giant, kelab malam, pakai seksi, duduk dalam Tesco. Cuba tuan-tuan tengok. Mewah tak mewah Cina? Yang Melayu jadi apa? Cuba tengok polis, berapa kerat peratus Cina jadi polis?

“Yang jaga tengah-tengah malam, naik kereta bawa kereta, risiko ditembak perompak, risiko dibunuh, tak tido malam, sapa dia? Bukan orang Melayu?

“Apa tokey buat? Apa anak Cina buat? Ada depa ronda naik moto pakai baju gelap-gelap? Sapa jadi hamba sekarang? Tuan-tuan tengok bomba.. berapa peratus orang Cina jadi bomba? Sapa yang dok tunggu balai bomba, bila la nak terbakaq? Kalau tak bangsa kita?

“Tuan-tuan pergi ke lebuh raya, yang dok cuci jamban tu sapa? Bukan bangsa kita? Di KLCC yang dok cuci lap sampah tu sapa? Tak bangsa kita jugak?

“Hari ni bangsa depa dok pertikai ketuanan Melayu, ketuanan Melayu, pala hotak depa. Kita yang bagi ruang untuk mereka bercakap, orang Melayu dah berbesar hati dengan mereka. Kongsi tanah dengan depa, bagi pingat, kuasa kat depa, tak puas hati lagi? Kenapa jadi macam tu?

“Jawapannya mudah. Sebab ada orang Melayu yang sokong depa. Kalau depa perintah kita tuan-tuan, tak kan dapat apa yang kita bagi. Nak azan pun tak boleh di Singapura, melainkan Masjid Sultan sahaja yang boleh azan di luar….”

Pantang dapat peluang kan? Anda nilaikanlah sendiri..

Video Ceramah Ustaz Kazim Elias - Fahami Makna Assobiyah (Rasis)


Sumber: MYKMU.NET/MYNEWSHUB.CC

3 comments

  1. as'salam SP..ada ja kan dakyah orang tak puas hati..semoga Ustaz KE sabar dan tabah.
    Ooo ya klik laman Etuza ya ada nama anda...

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam cikgu etuza. Semoga ustaz kazim sentiasa tabah. itulah cabaran dalam menegakkan syiar agama kan..

      Delete
  2. sedap ceramah ustz kazim, teratur. tegas tapi lembut.. teruskan perjuangan ustaz, Allah Maha Mengetahui

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon