Jan 15, 2015

Wanita Pertahan Gadis Bertudung Dipeluk Kpop!

Seorang 'gadis misteri' memberitahu kehadiran remaja bertudung yang terlibat dalam video kontroversi konsert K-Pop B1A4 sebelum ini adalah dengan keizinan tuhan.

Gadis-Misteri
Wanita misteri.

Video berdurasi 5 minit 43 saat yang sedang 'viral' dan hangat dikongsi di media sosial kini menunjukkan visual seorang gadis meluahkan perasaan mengenai insiden remaja Melayu dipeluk artis K-Pop berkenaan.

"Bukan mereka yang diuji tetapi kita juga, mereka berada di atas pentas kerana izin Allah.

"Allah hendak uji kita yang hebat sangat menjadi 'keyboard warrior', anda memaki orang seolah-olah anda hebat daripada anda lahir sampai sekarang.

"Renung-renungkan diri sendiri apakah hikmah di sebalik peristiwa ini," katanya dalam video itu.



Sabtu lepas, video perjumpaan bersama peminat B1A4 yang berdurasi 3 minit 21 saat itu, Video Terlampau Gadis Bertudung Dicabul Artis Kpop!, menunjukkan aksi beberapa gadis Melayu berpelukan dengan anggota kumpulan berkenaan viral di media sosial.

Ada aksi gadis ini berpelukan malahan ada aksi mencium dahi yang turut dipaparkan di dalam video berkenaan.

Ia turut mendapat reaksi Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang menyindir gadis-gadis berkenaan agar mencari lelaki yang tinggi, berkulit gelap dan tampan berbanding berkulit putih pucat, kurus dan 'cantik'.

Bagaimanapun, Peguam firma Tetuan Azmi dan Fadzly, Ahmad Fadzly Abdul Gani yang mewakili penganjur konsert artis K-Pop, B1A4, TGM Events memaklumkan, perlakuan peminat membabitkan gadis Melayu yang bertindak melampau dan melakukan aksi kurang menyenangkan semasa konsert kumpulan K-Pop B1A4 adalah di luar jangkaan penganjur.

Dalam pada itu sumber Astro AWANI memberitahu, gadis misteri yang muncul di video itu mengakui tidak takut dengan apa yang dilakukannya.

"Saya yakin dengan izin Allah, video ini tersebar, dan terbukti ramai yang ingin menjadi tuhan," kata sumber itu.

Pada Rabu, Pengarah Jabatan Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Paimuzi Yahya memberi tempoh selama seminggu untuk remaja bertudung yang terlibat dalam video kontroversi K-pop untuk menyerah diri.

Gadis-gadis tersebut kini sedang dijejaki oleh pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan kertas siasatan insiden tersebut sudah dibuka mengikut Seksyen 29 Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayag Persekutuan) 1977 (Akta 559) Perbuatan Tidak Sopan Di Tempat Awam.

Paimuzi menegaskan, waran tangkap juga akan dikeluarkan sekiranya remaja berkenaan tidak memberikan kerjasama dengan pihak berkuasa.

Media Korea Lapor Isu Gadis Bertudung Dipeluk K-Pop

GadisBertudung vs Kpop
GadisBertudung vs Kpop [2]
Laporan media Korea peluk cium gadis bertudung.

Nampaknya kontroversi yang melibatkan aksi peluk dan cium kumpulan K-Pop, B1A4 dan gadis-gadis bertudung di Malaysia turut mendapat perhatian oleh pihak media Korea Selatan.

Secara tidak langsung, ia turut menimbulkan persoalan mengenai ‘salah siapa’ di kalangan netizen di negara itu.

Dcole, salah seorang netizen menulis:

“Saya tak faham kenapa mereka (B1A4) disalahkan dalam hal ini. Peminat tersebut sudah diberitahu berkali-kali mengenai apa yang akan dilakukan dan mereka memberi keizinan. Dia boleh menghalang B1A4 daripada menciumnya.”

Mungkin inilah akibatnya jika terlalu teruja dengan dunia K-Pop sehingga lupa akan batasan agama.

Sumber: AstroAwani/Mynewshub.cc

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

14 comments

doakan yg terbaik utk mereka..

Semoga kes ini selesai dengan baik dan kita tidak terikut dengan budaya yang bukan2

**prayforgadismelayu...huhu

Isu peluk ni dalam masyarakat kita agak selektif. Bila melibatkan artis atau orang kenamaan, buat senyap je.

Semoga menyerah diri kepada pihak berkuasa dan bertaubat segera..

Terlalu taksub dan pendek akal, tulah padahnya..

Artis tu dah memang rosak akhlak (bukan semua tapi rasanya sangat ramai). Orang kenamaan tutup sebelah mata je sebab kaitan politik dan yang bangangnya gadis-gadis bertudung tu memang akal takde. Agaknya otak pun dah kena jangkitan kuman kot..

yaa allah astagfirullah semoga mereka terbuka mata hatinya setelah mendengar tausiah ini

payah cakap dengan orang jahil nih.

risau pula membacanya...SP..memang blog SP ni sentiasa panas..tak ada kah nak sejukkan cooo kan semula ..panas saja ...)..Appaun dengan Allah usah permainkan..maksud Etuza. Bukan kah apabila nafsu mendorong ..tiada lagi selain keseronokan. kalau ada ingatan padaNya ..tak naik ke pentas. Tapi isu bertudung ni berat...

Terlalu banyak yang mengulas dan komen tentang isu ini...
Semoga kita semua mendapat hikmah dan teladan darinya.

Saya nie naik nyampah dgn statement perempuan kat atas nie....come on lah...saya kalau jumpa perempuan nie saya nak ckp satu ajer...kalau saya meragut beg duit die, die tak boleh salah kan saya sebab saya akan ckp yg itu semua bukan salah saya sebab saya lakukan perbuatan ragut tu dengan keizinan Tuhan..

Oh please lah...jangan biadap dgn Allah disebabkan perbuatan dosa yang kita lakukan tetapi kita salah kan Qada dan Qadar Allah plak...kalo ko idup zaman Umar ra...nescaya ko nie dah lama kene pancung!!!

Yang berpangkat berpeluk dikatanya ibarat anak dan ibu. Bila hal ni tak pula dikata ibarat abang adik. Semua salah cuma hukuman tak setara.. ada yg tak kena & ada yg kena... hukum dunia...

wanita tersebut juga diizinkan tuhan untuk menyerah diri...

Susah nak di layan orang jahil tetapi sombong...yang kesian ..ibu bapa mereka pasti jadi cemuhan masyarakat...

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon