Jan 12, 2015

Video Terlampau Gadis Bertudung Dicabul Artis Kpop!

Isu paling gempar hari ini yang hangat diperkatakan adalah perkongsian gambar dan video menyedihkan perihal anak gadis Melayu beragama Islam yang mencalar maruahnya atas nama muzik Kpop!

Gadis-Melayu-Murahan [7]

Seperti diketahui umum anak muda zaman ini begitu menggilai muzik Korea atau lebih dikenali sebagai K Pop.

Justeru apabila kumpulan penyanyi lelaki terkenal Korea, B1A4 mengunjungi negara ini semalam bagi sesi bertemu peminat ia mendapat sambutan cukup hangat.

Bagaimanapun, sambutan penuh hangat bertukar keterlaluan hingga tahap ‘rentung’ bila beberapa gadis remaja yang manis mengenakan tudung, tergamak merelakan diri dipeluk dan dikucup anggota lelaki kumpulan berkenaan di atas pentas, depan khalayak ramai.

Hasilnya satu video berdurasi 3:21 minit, rakaman kejadian mencemar imej Islam itu mula bertebaran di laman sosial dan menjadi sensasi internet hari ini.

Aksi canggung lagi tak sesuai ini menunjukkan bagaimana ahli kumpulan tersebut menjemput peminat wanita naik ke atas pentas sebelum melakukan aksi berpegangan tangan, memeluk malah mencium dahi mereka!

Gadis-Melayu-Murahan [2]
Gadis-Melayu-Murahan [3]
Gadis-Melayu-Murahan [4]
Gadis-Melayu-Murahan [5]
Gadis-Melayu-Murahan [6]
Gadis-Melayu-Murahan [8]

Terdapat dua persoalan di sini iaitu; tidakkah anggota kumpulan ini diberi penerangan terlebih dahulu oleh pihak penganjur tentang adab dan sensitiviti masyarakat Islam di sini ketika melakukan konsert dan kedua, bagaimana seorang perempuan boleh membenarkan dirinya dilayan demikian rupa depan khalayak ramai dalam keadaan dia membawa imej wanita muslimah bersamanya?

Gambar dan video kejadian ini dihujani banyak komen daripada netizen yang mengkritik tindakan artis Kpop tersebut kerana tidak menghormati Malaysia sebagai sebuah negara Islam dan golongan muslimah tidak boleh disentuh sesuka hati.

Namun, ramai juga yang meletakkan kesalahan pada peminat-peminat wanita sendiri yang terlalu teruja sampai kelihatan seperti histeria dan merelakan diri dipeluk dan dicium oleh artis tersebut. Orang cakap, bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi, kan?

Begitu pun komen paling pedas bagi kami datang daripada seorang pengguna Facebook bukan Islam yang berbunyi:

Gadis-Melayu-Murahan

Pengguna tersebut, Mathis Mim, mengakui bahawa dirinya sendiri malu melihat perlakuan tersebut dan mempersoalkan tindakan wanita-wanita muslimah itu.

“Adakah masyarakat kita, bangsa Malaysia lebih mengagungkan budaya sekular yang dibawa pengaruh barat ini? Bukan sekadar memalukan agama Islam sendiri namun memalukan budaya bangsa Malaysia yang bersopan santun dan berintegriti dalam menjaga maruah diri.

“Saya mohon sangat-sangat pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan lanjut dan mengemukakan dasar-dasar yang dapat menghalang benda-benda seperti ini dari berlaku.

“Negara sedang bersusah, dilanda bencana, perlukan konsert beginidan . Tunggu dan lihat kesan akibat kita menjunjung sangat budaya jahil ini,” katanya.

Walaupun belum ada kenyataan rasmi daripada pihak terbabit berkaitan kejadian ini, ia seharusnya membuka mata pihak bertanggungjawab supaya pada masa hadapan, penganjuran acara seperti ini diberikan garis panduan jelas agar perkara begini tidak berulang.

Paling kasihan, memikirkan kecetekan akal gadis muslimah itu sendiri yang mungkin terlalu teruja bertemu dengan idola mereka sampai alpa mereka sebenarnya telah merelakan diri ‘dicabul’. -Mynewshub.cc

Jom tonton video gadis-gadis bertudung rosak akhlak dipeluk dan dicium jantan bukan muhrim..

BACA INI JUGA: Sejarah Hitam Selebriti Hollywood Yang Cuba Di Sembunyikan

video

-SENTIASAPANAS.COM

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

10 comments

pehh..semua dok cite pasal ni eh hari ini.

yang pompuan tu pun memang gatal dan gila seks, dah terang-terang member yang first kena. Yang lain-lain pun nak "merasa juga" Boleh fikir apa, kalau sorang dah kena, yang no 2 dan ke seterusnya boleh elak dari perkara ni.

Penyalahgunaan tudung,nafsu mengatasi akal

apa nak jadi la dorang ni,memalukan jee :(

elok pake tudung saji je dep ni hahaha

Buat malu bangsa dan agama kita je lah.. Taksub sgt!!

Alia tak suka dengan perbuatan gadis2 tersebut...memalukan wanita Islam...dan Alia sgt sokong dgn tindakan JAWI...

Namun begitu, Alia juga berhrp agar JAWI tidak double standard dlm mengambil tindakan terutama terhdp VVIP kerana ader jugak VVIP yg berpeluk dengan Shah Rukh Khan...

hanya memalukan bangsa dan ugama, kan lebih baik memeluk dan mencium ibu bapa kita
mereka yang banyak bersusah payah menjaga anak anak hingga besar tapi tak pernah di sanjung seperti artis Korea tu. di sini saya juga persalah kan penganjur, kerana sepatutnya penonton tak benarkan naik kepentas.

yaa allah astagfirullah .. moga mereka disadarkan :3

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon