Saturday, December 20, 2014

Kaedah Dan Pemakanan Untuk Kecerdasan Minda


Ramai menganggap untuk menjadi cerdik dan genius, seseorang perlu bergantung kepada tahap IQ dan kepintaran semata-mata.

Tubuh sehat
Gambar hiasan.

Ini tidak benar sama sekali kerana kajian Universiti California, Los Angeles, Amerika Syarikat membuktikan pemakanan sangat penting untuk kecerdasan minda.

Kajian itu mendapati, sel otak hanya berhubung dengan cekap apabila dibekalkan dengan tenaga mencukupi iaitu makanan.

Ada beberapa jenis makanan yang anda boleh ambil untuk perkembangan sel otak antaranya:

Ginkgo biloba

Ginkgo biloba

Ia herba semula jadi bagi membantu merawat pesakit yang kehilangan ingatan akibat usia tua dan penyakit Alzheimer. Herba ini menggalakkan pengaliran darah dan oksigen ke otak. Ia adalah antioksidan terbaik dan ramuan di dalam makanan tambahan.

Daun pegaga

Daun pegaga

Daun pegaga mengandungi triterpenoid glikosida yang kaya dengan vitamin A dan C serta zat besi untuk menguatkan ingatan, melancarkan peredaran darah dan melegakan ketegangan akibat tekanan.

Penyelidik dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Suhaila Mohamed mendapati jika digunakan sebagai ulam-ulaman, ia membantu meningkatkan pengawalan saraf dalam kalangan kanak-kanak kurang upaya.

Ia juga membantu meningkatkan penumpuan fikiran dan daya ingatan.

Choline

Choline

Ia adalah nutrisi penting untuk keupayaan minda terutama kanak-kanak. Ia diperoleh daripada telur, kekacang, sayur brokoli, soya dan yogurt. Bahan aktif bernama phosphatidylserine di dalam choline menggalakkan fungsi otak berkembang dengan baik serta mengurangkan risiko nyanyuk dalam kalangan orang dewasa.

Kaedah agama

Kaedah agama

Anda juga boleh mencuba kaedah diamalkan ulama silam untuk menguatkan ingatan. Ulama seperti Imam Malik, Imam Syafie dan Imam Bukhari mempunyai daya ingatan menakjubkan sehingga boleh menghafal 30 juzuk al-Quran dan puluhan ribu hadis muktabar.

Anda juga boleh mencuba amalan berikut:
  • Amalkan doa daripada al-Quran seperti daripada Surah Taha ayat 25-28, Surah Al-Anbiya' ayat 79, Surah Luqman dan Surah al-Isra' ayat 70.
  • Menjauhi dosa dan maksiat.
  • Amalkan berpuasa sunat.
  • Memperbanyak zikir, tasbih, tahmid, takbir dan tahlil.
  • Menghormati guru dan ilmu yang disampaikan.

BACA INI JUGA: Yaks! Hidangan Lazat Keju Berulat!

Sumber: Hmetro.com.my

8 comments

  1. bacalah al quran setiap selepas solat wpun sekadar sebaris ayat ... klu dpt satu muka surat lagi bagus ... tetiba teringat lak kat pegaga kat belakang umah ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu CM. Jadi pegaga ada kat belakang, boleh jadi santapan hari ni..:)

      Delete
  2. SP elcafe minuman Elken ada gingko biloba..ala oder lah tempat Etuza beli satu free satu nak tak..sebab tu entry SP hal makanan untuk minda sihatkan ..ha ada elcafe minuman Elken ada mengandungi gingko biloba estrax hati oder ya..buy one free one..kan kita sahabat maya..tak mahal ...)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terbaik..nak order juga ni..:)

      Delete
    2. Wahh.. sempat promo eh cikgu Etuza kita ni hehee.. semoga sentiasa murah rezeki & terus sukses.. :) :)

      Delete
  3. Bagus juga daun pegaga tu eh.. thanks sharing SP..

    ReplyDelete
  4. pegagan melancarkan peredaran darah ke otak tapi tak boleh terlalu banyak setiap harinya

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon