Wednesday, August 06, 2014

Kenapa Starbucks Dan Astro Tak Diboikot?


Begitu banyak soalan yang datang dan kedengaran di sana sini berkenaan hukum membeli barangan halal yang dikeluarkan oleh syarikat Yahudi khususnya dan bukan Islam umumnya.

Boikot_Barangan_YAHUDI

Ia menjadi satu persoalan yang semakin hangat disebabkan sikap Yahudi yang berterusan menyerang negara umat Islam. Demikian juga Amerika.

Akibatnya timbul kempen memboikot syarikat-syarikat tertentu dan boikot yang disebarkan melalui email dan internet.

Syarikat seperti McDonald, Kentucky Fried Chickhen, TESCO dan lain-lain syarikat yang dikatakan dimiliki oleh Amerika, Yahudi atau mempunyai hubungan dengan mereka secara langsung atau tidak langsung adalah syarikat yang kerap dijadikan bahan utama.

Agenda Boikot bagaimana?

Tidak dinafikan sama sekali bahawa umat Islam perlu melakukan sesuatu jika Yahudi atau lain-lainnya melakukan suatu jenayah dan kebiadapan terhadap Islam.

Benar, umat Islam perlu bersatu padu dan bergabung kekuatan bagi memberikan pengajaran kepada mana-mana pihak yang memulakan kejahatan terhadap Islam.

Kita tidak mahu melemahkan semangat kempen ini, cuma orang ramai perlu tahu antara hukum dan keutamaan.

Jangan nanti jika ada di antara kita yang melihat rakan terlibat dengan mana-mana syarikat tadi lalu dituduhnya kafir, munafiq, pembantu Yahudi dan lain-lain.

Menurut para ulama kontemporari, cara yang dikira aman di zaman ini adalah dengan melakukan pemboikotan dari membeli barangan semua syarikat di bawah telunjuk mereka. Justeru, ia adalah salah satu cara yang paling berkesan buat orang awam islam di seluruh dunia.

Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi menyatakan bahawa boikot seperti ini adalah bertujuan memberikan tekanan kepada pengusaha dan peniaga yang seangkatan dengan para penyerang agar mereka sendiri mendesak kerajaan mereka kepada keamanan selain mereka akan membenci tindakan kerajaan dan rakan seagama mereka yang melakukan kejahatan terhadap Islam.

Ia juga dijangka dapat memberikan kesan ekonomi yang buruk kepada negara mereka sekaligus membantutkan hasrat mereka untuk meneruskan kejahatan dan serangan terhadap Islam.

Walaubagaimanapun, adakah perlu kita menjadikan seluruh Yahudi di seluruh dunia tanpa mengira mereka membantu serangan atau tidak secara umum? Atau bagaimana?

Secara mudahnya, hukum berurusan dengan mereka sentiasa halal selagi mereka tidak terlibat secara langsung dengan peperangan, cuma yang afdhalnya tidak berurusan tatkala Islam sedang diserang oleh bangsa mereka.

Bagi memahami hal ini, perkara berikut perlu dilihat:-

1) Hukum asal urusniaga dengan Non-Muslim termasuk Yahudi dan semua syarikatnya adalah halal selagi transaksi yang dibuat menrut syarat jual beli Islam.

2) Kewujudan syarikat-syarikat ini di negara Yahudi dan MoU perniagaannya di negara Yahudi tidak boleh dianggap sebagai membantu kerja keganasan Yahudi. Justeru, sebarang pembuktian seperti ini tidak kuat untuk mensabitkan bantuan ‘direct’ kepada kerja jahat Yahudi atau lainnya.

3) Hukum asal ini hanya akan bertukar kepada haram berurusniaga atau wajib memboikot mereka jika:-

3.1) Pemerintah Islam tertinggi iaitu Khalifah bagi seluruh dunia Islam mengarahkan boikot demi mencapai maslahat tertentu untuk Islam. Ia adalah kerana Allah SWT memerintahkan umat Islam agar mentaati pemerintah dalam hal ehwal yang tidak bercanggah dengan Islam. Peirntah ini tercatat di dalam Al-Quran. Hal ini dapat dilihat dalam tindakan Khalifah Umar al-Khattab yang mengarahkan seorang sahabat agar menceraikan isterinya dari kalangan Ahli Kitab dari negara Rom atas dasar ‘maslahat’ iaitu untuk menjaga kepentingan wanita Muslimat di ketika itu. Tatkala itu, perkara harus tadi sudah menjadi larangan sementara waktu disebabkan arahan pimpinan Islam (Nizam Al-Usrah Fil Islam, Dr Uqlah)

Malangnya di ketika tiadanya seorang khalifah yang bertanggung jawab bagi seluruh umat islam, adalah sukar untuk menggunakan peruntukan kewajiban ini.

Sekadar fatwa ulama besar seperti Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi masih tidak mampu menjadikan hukum boikot sebagai wajib buat setiap individu umat Islam.

Ia masih berada dalam lingkungan ‘afdhal’ atau ‘elok’ sahaja dan tidak wajib untuk boikot dan tidak haram untuk terus berurusniaga.

Mengapa Starbucks Dan Astro Tak Diboikot?
(Sumber Facebook – Barisan Nasional Vs Pakatan Rakyat)

1)..Tuan puan sedar tak, franchise McD di malaysia ni milik penuh org Melayu? cina langsung x boleh masuk… sbb tu cina sebar citer guna alasan Gaza utk kasi lingkup bisnes Melayu… pizza hut n kfc juga milik Melayu di Malaysia ni. Setiap tahun kami sumbang ratusan juta ringgit utk misi bantuan kemanusiaan ke seluruh dunia utk org Islam. Semua pekerja adalah anak2 Melayu.

2)..Cuba fikir… kenapa tiada cadangan suruh boikot starbucks, kenny rogers ker.. burger king ker… tu pun product Israel dan US…. sebabnya tokey pemilik franchise di Malaysia dimiliki oleh org cina.

(Baca: Siasat Pengkhianatan Astro!)

3)..Jangan jadi lagi mcm isu coklat cadbury milik Syed Mokhtar Bukhary di mana Melayu diperalat utk sabotaj bisnes Melayu. Sampai bila Melayu nak jadi alat kpd org cina, india dan kapir.

4)..Fikir2kan… Jadilah bangsa yg berfikiran luas dan terbuka serta matang. Bukan bangsa yg emosional, seperti pak turut yang mudah diperkotak katik. Its something to ponder. Double check dgn ROC untuk kepastian supaya tidak tersilap sasaran. Nanti cina dan india gelak puas kat Melayu di Tanah Melayu ….Wallahua’lam.

Takdo pulak org nak boikot starbuck dan Astro. Mengapa?

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon