Friday, August 29, 2014

Gambar Perkahwinan Brad Pitt Dan Angelina Jolie!


Pelakon sensasi Hollywood, Brad Pitt dan Angelina Jolie akhirnya berkahwin selepas bercinta selama 9 tahun.

Gambar Perkahwinan Brad Pitt Dan Angelina Jolie! [2]

Brad Pitt dan Angelina Jolie mula menjalinkan hubungan pada tahun 2005 selepas digandingkan bersama menerusi filem ‘Mr & Mrs Smith’.

Bertunang pada tahun 2005, menerusi laporan TMZ, pasangan ini dikatakan tidak menjemput ayah Angelina, Jon Voight di majlis perkahwinan mereka.

Menurut laporan akhbar antarabangsa ABC News dan Daily Mail, pasangan Hollywood popular ini telah berkahwin hujung minggu lalu di Perancis, dengan kehadiran enam orang anak mereka.

Pasangan itu merupakan ibu dan bapa kepada enam anak iaitu Maddox, 13, Pax, 10, Zahara, 9, Shiloh, 8, serta kembar Vivienne dan Knox, 6.

Brad Pitt, 50, dan Angelina Jolie, 39, tiba di Nice pada hari Sabtu lalu untuk upacara perkahwinan rahsia mereka, dipercayai telah diadakan di Chateau Miraval.

Sebelum ini, Daily Mail pernah melaporkan kelibat keluarga itu dilihat di Perancis Jumaat lalu, namun tidak dapat menghidu majlis yang akan berlangsung keesokan harinya.

Paling mengujakan apabila Angelina Jolie diiringi oleh anaknya Pax dan Madox, sementara Zahara dan Vivienne membaling kelopak bunga ke arah ibu mereka.

Shiloh dan Knox pula dipertanggungjawabkan untuk menjadi pembawa cincin.

Selepas percutian keluarga di Nice, Brad Pitt Dan Angelina Jolie akan berlepas ke Malta pada Rabu bagi memulakan penggambaran filem By The Sea yang bakal ditayangkan pada tahun 2016. Filem ini merupakan sebuah filem yang ditulis dan diarahkan oleh Jolie sendiri.

Koleksi Gambar Perkahwinan Brad Pitt Dan Angelina Jolie

Semoga tempoh perkahwinan mereka akan kekal lebih lama daripada tempoh bercinta.

-SENTIASAPANAS.COM


2 comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon