Wednesday, August 06, 2014

Asal-usul Simbol Lelaki Dan Wanita Dalam Dunia Sains


Pernahkah anda mengamati logo atau lambang seperti gambar dibawah?

Women and man symbol

Mungkin ada diantara pembaca sentiasapanas yang sudah tahu, itu adalah lambang untuk menyatakan jenis kelamin lelaki dan wanita dalam dunia sains.

Kenapa simbol seperti ini? Apa erti yang terkandung pada simbol itu? Tahukah anda sejarahnya?

Amat menakjubkan sebenarnya apabila mengetahui bahawa kewujudan simbol ini sebenarnya sudah lama wujud!

Didalam dunia pengetahuan sahaja, lambang ini untuk pertama kalinya digunakan pada tahun 1753 oleh pengarang buku Species Plantarum.

Sebelum itu, simbol-simbol yang menyatakan lelaki dan wanita ini pernah ditemui pada peninggalan-peninggalan kuno pada zaman prasejarah.

Sebelum ada tulisan, bangsa-bangsa prasejarah menggunakan gambar dan simbol untuk 'berkomunikasi'.

Sejarahwan telah mencuba untuk mencari hubungan mengapa simbol tersebut digunakan untuk menunjukkan antara lelaki dan wanita.

Ada yang berpendapat tanda lingkaran dan panah menunjukkan bahawa para lelaki ketika itu memang dikenali sebagai pemburu yang bersenjatakan tombak, sementara simbol lingkaran dengan tanda silang dibawahnya, sebagai gambaran seorang wanita, menunjukkan bahawa wanita memiliki kecenderungan untuk bercermin (lambang itu dianalogikan sebagai cermin).

Namun, ada juga yang menyebutkan bahawa simbol-simbol itu telah mengalami perubahan sejak sekian lama, yang digambarkan sebagai bentuk fizikal manusia seorang lelaki dan wanita.

Simbol ini juga digunakan sebagai simbol planet di tata suria kita iaitu lambang planet Marikh dan Venus (Marikh digambarkan sebagai lelaki dan Venus untuk wanita).

Dan begitulah sejarah dan asal-usul bagaimana lambang ini bermula.

Terima kasih kerana sudi membaca..

BACA INI JUGA: Tahukah Anda Asal-usul Topeng Revolusi Inggeris?

-Sentiasapanas.com

3 comments

  1. Assalammualaikum.. sentiasa panas,

    mselim3 dulu masa belajar sains selalu guna simbol nie...

    mselim3

    pls: tak tahu pulak asal usul simbol nie...

    ReplyDelete
  2. uikss....dah lama rupanya digunakan simbol ini....sejak abad ke 17 lagi...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  3. Siapa sangka simbol yang begitu simple rupanya ada rahsia disebalik..:)

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon