Rabu, Jun 11, 2014

Fakta LUAR BIASA Piala Dunia Brazil 2014


Loading...

Piala Dunia nampaknya telah tiba. Selama 8 minggu dengan perlawanan kumpulan pertama di antara Brazil dan Croatia pada 12 Jun dan kemuncaknya pada 12 Julai.

Brasil world cup 2014

Piala Dunia Brazil FIFA akan disaksikan oleh jutaan manusia dari seluruh dunia. Jadi, sementara anda bersedia untuk bersorak kepada pasukan pilihan anda, berikut merupakan fakta-fakta menarik mengenai Pertandingan Piala Dunia 2014.

Piala Dunia pertama yang menggunakan teknologi garisan gol

Brasil 2014 goal tech

Kontroversi telah lama menyelubungi gol-gol atau sepakan sipi yang pada masa lalu hanya diadili oleh pengadil dan pembantu pengadil sahaja apabila hendak menentukan masuk ataupun tidak. Jadi, ketika seluruh dunia melihat sesuatu insiden secara berulang-ulang dari semua sudut dalam gerak perlahan, pengadil perlawanan terpaksa bergantung kepada deria dan masanya yang terhad untuk membuat keputusan.

Semasa Piala Dunia 2014 di Rio nanti, pengadil akan mendapat bantuan 14 kamera dan komputer canggih. Jika gol, pengadil akan merasakan suatu getaran melalui seutas jam tangan istimewa yang akan dipakai bersama mesej yang mengesahkan 'gol'.

Dron dan robot untuk menjaga keselamatan penonton

Packbot 510 - iRobot

Keselamatan jelas sekali adalah keutamaan di mana-mana acara sukan. Jadi, Piala Dunia FIFA 2014 telah memperkenalkan teknologi terbaru sebagai pengawal. Dron tanpa pemandu ciptaan Israel akan mengawal perlawanan dan menjaga keselamatan orang ramai.

Robot 'Packbot 510' yang terlibat dan dikenali sebagai 'iRobot' (ini bukan gurauan) dimana, berdasarkan kenyataan mereka, dicipta dan direka 'untuk pelbagai objektif kepada tentera dan pasukan profesional keselamatan umum, meningkatkan kesedaran, pengurangan risiko dan menambahkan kejayaan misi'.

Piala Dunia FIFA paling mahal

Brasil 2014 Cost

Brazil akan menganjurkan Piala Dunia yang paling mahal pernah dianjurkan dan ekonomi negaranya mungkin akan terkesan oleh pelaburan besar-besaran ini. Penambahbaikan infrastruktur dan pembinaan stadium baru serta kerja keras untuk mengurangkan jenayah disamping memastikan keselamatan pengunjung ke Piala Dunia adalah antara usaha mereka untuk mempersembahkan acara paling berprestij. Kos keseluruhan dianggarkan berjumlah USD13-18 bilion yang hampir melebihi kos tiga Piala Dunia sebelum ini digabungkan sekali!

Tiada ucapan rasmi semasa pembukaan

Brasil 2014 Protest

Dalam kes Piala Konfederasi FIFA 2013, para pegawai FIFA telah di'boo' oleh peminat bolasepak Brazil ketika cuba menyampaikan ucapan semasa perasmian kejohanan tersebut. Ramai warga Brazil meluahkan kemarahan kerana kos menganjurkan Piala Rio Weld sebagaimana korupsi yang melanda negara mereka malah berdemonstrasi di jalanan sebelum ketibaan Piala Konfederasi FIFA 2013 tersebut bagi memastikan suara mereka didengari. Oleh kerana itulah perancangan untuk ucapan rasmi Piala Dunia oleh Presiden Brazil, Dilma Rouseff dan Presiden FIFA, Sepp Blatter, dibatalkan.

Pengadil dibekalkan 'Vanishing spray paint' (penyembur warna tidak kekal)

Brasil 2014 Vanishing spray paint

Satu lagi inovasi teknologi, membuat penampilan sulungnya di pentas Piala Dunia di Brazil adalah Vanishing spray paint. Ideanya adalah supaya pengadil boleh menandakan tempat sepakan percuma yang akan diambil dan melukis garisan sejauh 30 kaki iaitu jarak untuk pasukan yang bertahan membuat benteng terhadap sebarang sepakan percuma. Penyembur warna atau 'spray paint' akan beransur-ansur hilang selepas 1 minit.

Pengadil akan menghentikan permainan jika cuaca terlalu panas

Cuaca panas Brazil

Disebabkan cuaca terik di sesetengah lokasi perlawanan, FIFA telah bersetuju yang pengadil diizinkan untuk menunda perlawanan kepada dua hingga tiga kali untuk membenarkan pemain-pemain mengisi semula air ke dalam badan (rehidrate). Jeneral Sekretari (Secretary General) FIFA tidak begitu khusus atau jelas mengenai perkara ini tetapi menyatakan keputusan yang dibuat bergantung kepada pengadil pada hari perlawanan.

Sepakan pertama oleh remaja 'Paraplegic'

Brasil 2014 Paraplegic

Sepakan pertama Piala Dunia Brazil 2014 tidak akan diambil oleh selebriti atau pemain bola sepak terkenal tetapi oleh remaja Paraplegic. Remaja tersebut adalah seorang yang mengalami kelumpuhan separuh badan dari bahagian pinggang ke bawah dan dia akan memakai sejenis pakaian 'Exoskeleton' (sut robotik) yang boleh dikawal menggunakan minda.

Dia akan bangun dari kerusi rodanya dan berjalan ke arah padang lalu mengambil sepakan pertama kejohan Piala Dunia 2014 untuk mendemonstrasikan betapa jauhnya teknologi telah berkembang.

Dikatakan juga, dia akan mampu merasakan sentuhan sepakannya melalui 'Exoskeleton' tersebut. Dan suatu hari nanti, sut ini akan memadamkan keperluan kepada kerusi roda sepenuhnya.

Permintaan istimewa di hotel penginapan

Pasukan Uruguay - Penghawa dingin senyap
Pasukan Portugal - Sebuah komputer di setiap bilik
Pasukan Jepun - Jakuzzi di setiap bilik
Pasukan Algeria - Sebuah Al-Qur'an di setiap bilik
Pasukan Perancis - Sabun mandi cecair diwajibkan bagi menggantikan sabun buku
Pasukan Ecuador - Pisang Ecuador di setiap bilik

Piala Dunia 2014 dalam siri kartun The Simpsons

You Don't Have to Live Like a Referee

Satu episode istimewa tentang Piala Dunia Brazil 2014 dalam siri kartun The Simpsons yang disiarkan pada 30 Mac 2014 dan memaparkan Homer direkrut sebagai pengadil untuk kejohanan tersebut. Dalam rancangan 30 minit yang bertajuk 'You Don't Have to Live Like a Referee' dimana Homer perlu memilih jalan manakah yang perlu dipilih apabila integritinya dicabar oleh sekumpulan samseng Brazil yang cuba mempengaruhi keputusan Piala Dunia.

Habuan lumayan untuk pemenang Piala Dunia

Brasil 2014 Money Prize

Pasukan yang memenangi Piala Dunia FIFA 2014 akan membawa pulang USD23 juta manakala naib johan pula akan dihadiahkan USD25 juta. Setiap kelab yang memberikan sokongan kepada pemain mereka di dalam kejohanan ini juga akan menerima jumlah yang agak lumayan.

Peluang England tipis untuk memenangi Piala Dunia 2014

Brasil 2014 England Squad

Ketika artikel ini ditulis, England hanya diberikan peluang tipis untuk dijulang sebagai juara Piala Dunia 2014 pada nisbah 1/28. Namun, kebarangkalian England jauh lebih baik jika dibandingkan dengan Iran iaitu 1/2000. Walau bagaimanapun, England masih mempunyai peluang walaupun sudah 48 tahun tidak menggondol piala tersebut. Begitulah tanggapan biasa peminat England yang sentiasa optimis.

14 Jun - England vs Itali
19 Jun - England vs Uruguay
25 Jun - England vs Costa Rica

Selamat menonton diucapkan buat semua..

-Sentiasapanas.com

Seorang blogger yang suka berkongsi ilmu untuk individu yang suka membaca.

4 comments

goal line tech, itu datang tepat pada waktunya kerana kita seringkali melihat kesilapan pengadil mengundang keputusan yang berbeza..semoga world cup kali ini akan berlangsung dengan kurang kontroversi...

Regards,
-Strider-

Sepatutnya diperkenalkan sejak dahulu..

"Pasukan yang memenangi Piala Dunia FIFA 2014 akan membawa pulang USD23 juta manakala naib johan pula akan dihadiahkan USD25 juta. "

Jadi naib juara pun kira ok la. Dapat lebih 2juta dari Juara

Kenapa tak bagi setiap pasukan 1 juta ke kan..

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon