Wednesday, April 09, 2014

Syarikat China Sengaja Kibar Bendera Israel Di Sabah?


Satu laporan polis telah dibuat di Tuaran, Sabah ekoran pengibaran bendera rejim zionis Israel di Raintree Beach Resort di sana.

Bendera Israel di Tuaran

Menurut pihak pengurusan resort, mereka tidak menyedari berkenaan pengibaran bendera itu.

Sebuah syarikat perfileman dari China dikatakan nmenerbitkan filem The World Stewardess Contest (Pertandingan Pramugari Dunia) dan mereka telah membuat penggambaran sejak seminggu lepas di resort berkenaan.

Filem berkenaan menceritakan berkenaan pramugari dari seluruh dunia mengadakan pertandingan di resort tersebut.

Bendera itu mungkin menggambarkan negara seorang daripada peserta yang bertanding.

(Baca: Keistimewaan Negara Israel Berbanding Mana-mana Negara Lain)

Pergerakan Pemuda Umno Tuaran juga telah difahamkan pergi ke resort berkenaan untuk memastikan bendera Israel tersebut diturunkan dengan segera.

Menurut mereka, bendera tersebut telah pun diturunkan.

Pengibaran bendera tersebut juga dikecam oleh PAS negeri Sabah dan ia disifatkan mengguris perasaan umat Islam Sabah khususnya.

Menurut Pesuruhjaya PAS Sabah Mohd Aminuddin Aling, negara haram Israel tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik dengan Malaysia.

“Bagaimana mungkin kita boleh benarkan bendera negara mereka berkibar megah di sini,” katanya menurut laporan laman web PAS Sabah. -Mynewshub.my

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon