Tuesday, March 18, 2014

MH370: Misteri Diego Garcia Dalam Simulator!


Hasil siasatan daripada simulator milik juruterbang penerbangan MH370 yang diambil dari rumahnya Sabtu lalu, penyiasat menemui lima landasan latihan dalam perisiannya, dan salah satu daripadanya ialah milik Amerika Syarikat!

MH370 Landing in Diego Garcia [4]

Penyiasat kini menumpukan siasatan ke arah juruterbang dan anak kapal serta penumpang bagi meneliti punca kehilangan pesawat Boeing 777-200ER itu daripada sudut lain.

Antara perisian yang diperiksa setakat ini ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Male di Maldives, lapangan terbang milik Amerika Syarikat (Diego Garcia), serta tiga landasan di India dan Sri Lanka, yang semuanya mempunyai jarak landasan 1,000 meter.

Ia kemudiannya dipasang semula semalam di ibu pejabat Bukit Aman bagi mencari petunjuk kehilangan MH370 yang masih misteri.

Sebelum ini, AS menafikan kemungkinan pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang tersebut mendarat di pangkalan mereka. [Sumber]

Teori Diego Garcia

MH370 Landing in Diego Garcia

Diego Garcia adalah sebuah pulau terpencil, yang juga pengkalan tentera US di Lautan Hindi.

Ia lengkap dengan landasan yang membolehkan Boeing 747 pun boleh mendarat. Dari Malaysia untuk sampai ke sana kurang lapan jam melalui jalan udara, maknanya MH370 lebih daripada mampu untuk mendarat di situ.

MH370 Landing in Diego Garcia [3]

Tapi kalau betul teori itu, jadi?

Ini persoalan BESAR. Ada yang kata MH370 dirampas dan diarahkan ke sana bagi merosakkan hubungan Malaysia-China yang dicemburui AS.

Maklumlah ramai penumpang China, mestilah China marah.

Ada yang kata ini bagi mengelakkan teknologi pertahanan AS jatuh ke tangan China, kerana ada 20 staf syarikat eletronik pertahanan terkenal, Freescale, dalam pesawat itu. [Sumber]

*Kalau pun benar pesawat MH370 dirampas, budak kecik pun boleh jawab dengan mudah, HANYA MOSSAD DAN CIA YANG MAMPU MELAKUKANNYA!

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon