Tuesday, February 18, 2014

Ketagihan Pelik Selebriti Hollywood


Anda sering mendengar tentang selebriti yang bergelut dengan ketagihan yang biasanya melibatkan ubat-ubatan, alkohol, atau seks. Namun, tidak dengan bintang-bintang seperti berikut:

Anna Kendrick

Anna Kendrick

Permainan dalam talian mungkin akan dikategorikan sebagai aktiviti masa lapang bagi kebanyakan orang muda, tetapi bintang muda ini telah membawa aktiviti pada satu tahap yang baru.

Bermain secara berterusan selama beberapa jam, Anna mengakui bahawa permainan Angry Birds telah mengisi hampir kesemua masa lapang beliau.

Cheryl Cole

Cheryl Cole

Sihat jika mengambil sesuatu makanan dalam jumlah yang betul. Cheryl Cole telah mewujudkan satu satu obsesi untuk jus lobak merah. Malahan, kawan-kawan rapatnya turut mengatakan bahawa dia mengambil minuman ini sehingga 8 gelas sehari. Wow!

Jesse Eisenberg

Jesse Eisenberg

Kedengaran pelik namun Jesse mempuyai satu tabiat pelik dimana dia mengambil kucing jalanan untuk dipelihara.

Pada awalnya tabiat ini adalah untuk kerja amal sahaja. Walaubagaimanapun, selebriti muda ini telah menjadi ketagih sama sekali pada tabiat yang terpuji ini.

Megan Fox

Megan Fox

Kebanyakan selebriti akan mengidamkan untuk memperluas almari pakaian mereka apabila mereka mencapai kemasyhuran. Namun, sebaliknya bagi Megan Fox dimana dia memberi tumpuan kepada kasut.

Peka tentang keadaannya, Megan mengakui, perkara pertama yang dia beli selepas cek gaji pertamanya hasil daripada penggambaran adalah $600 (RM2004), iaitu kasut bertumit Roberto Cavalli .

Ben Affleck

Ben Affleck

Kebanyakan orang mungkin menganggap ini ketagihan judi yang serius, tetapi untuk Ben Affleck, ia hanyalah satu permainan.

Dilaporkan telah membelanjakan kira-kira $20,000 (RM66,820) untuk satu malam, Ben telah bermain poker sekurang-kurangnya 4 malam seminggu.

Ben Affleck juga telah kehilangan hampir $500,000 (RM167050) dalam satu malam di Las Vegas kerana berjudi di satu kejohanan poker.

Robert Pattinson

Robert Pattinson

Rupa-rupanya, minum 'diet coke' adalah lebih baik daripada coke biasa. Robert Pattinson adalah seorang yang fanatik diet dan mendakwa telah minum hampir 300 tin seminggu.

Selain 'diet coke', Pattinson juga mendakwa dia ketagih untuk 'Cinnamon Toast Crunch' dan hanya itu sahaja yang dia makan.

Ozzy Osborne

Ozzy Osborne

Jika ketagihan Robert Pattison tidak cukup pelik lagi, Osborne mempunyai ketagihan terhadap bijirin sarapan pagi iaitu 'Sugar Puffs'.

Oleh kerana selebritu tidak mempunyai apa-apa kesulitan dalam hal kewangan; Ozzy telah mengimport sejumlah bilangan 'Sugar Puffs' dari England kerana bijirin sarapan ini hanya dihasilkan di sana.

Avril Lavigne

Avril Lavigne

Sesetengah orang kata bahawa kecantikan terletak pada mata. Dan si cantik jelita, Avril Lavigne telah mengambil perkara ini secara serius dimana dia sangat obses pada solekan mata, terutamanya celak mata.

Dia mengaku ia telah menjadi obsesi pada beliau selama bertahun lamanya dan dia berasa seperti telanjang jika tidak memakainya.

Salma Hayek

Salma Hayek

Salma Hayek mempunyai satu ketagihan dimana dia gemar menyusukan bayinya. Mengakui obsesinya sebagai satu yang luar biasa, dia berkata bahawa dia tidak boleh berhenti menyusukan bayinya, terutama apabila dia mengetahui bahawa betapa sihatnya susu badan untuk bayi.

Jack Black

Jack Black

Bukan ketagih untuk bermain permainan dalam talian mahupun merokok, Jack Black nampaknya telah mengetepikan kedua-duanya untuk satu tabiat yang lebih sihat iaitu teh hijau.

Seorang peminum tegar teh hijau, terutama jika berais, Jack telah terjebak dalam ketagihan ini sejak 2008 selepas kelahiran anak keduanya.

BACA INI JUGA: Diet Melampau Selebriti-selebriti Terkenal

Sumber: Tupai.com.my

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon