Thursday, December 19, 2013

Pesawat Pejuang Tentera Syria Serang Bandar Aleppo


Beberapa pesawat tentera Syria menggugurkan beberapa bahan letupan di empat kawasan penduduk yang dikuasai golongan penentang Presiden Bashar Al-Assad di bandar Aleppo semalam.

Pesawat Pejuang Tentera Syria Serang Bandar Aleppo
Gambar fail.

Ia merupakan serangan udara keempat berturut-turut di bandar tersebut yang terletak di utara Syria.

Menurut beberapa aktivis yang menentang Bashar, serangan tersebut telah menyebabkan lebih 100 orang terbunuh.

Para aktivis tersebut menyatakan, serangan itu bertujuan untuk menghancurkan golongan penentang di Aleppo sebelum persidangan antarabangsa mengenai keamanan di Syria berlangsung lewat bulan depan di Switzerland.

(Baca: Keajaiban Mayat Pejuang Syria Gagal Dicincang Tentera Syiah)

Aleppo merupakan bandar terbesar di Syria dan pernah menjadi pusat komersial sebelum peperangan saudara meletus pada Mac 2011.

Peperangan itu melibatkan kumpulan anti-Bashar dengan tentera kerajaan Syria sehingga mengakibatkan lebih 100,000 orang terbunuh.

Menurut seorang aktivis anti-Bashar, Abu al-Hassan Marea, salah satu serangan terbaharu itu berlaku dekat sebuah sekolah.

Dia berkata, sebuah asrama pelajar turut menjadi sasaran serangan itu.

Kerajaan Syria kerap menggunakan ratusan kilogram bahan letupan dalam serangan udara bagi memberi kesan kemusnahan besar.

Tentera Syria terbukti guna senjata kimia

Ban Ki-moon.

Pemeriksa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) minggu lalu berkata senjata kimia memang digunakan dalam konflik di Syria, ketika serangan 21 Ogos lalu berhampiran Damsyik dan kemungkinan di empat lagi lokasi antara Mac dan lewat Ogos lalu.
(Baca: Perang Akhir Zaman Bermula Dengan Peperangan Di Syria?)

Laporan oleh pakar senjata kimia badan dunia itu, diketuai profesor dari Sweden, Ake Sellstrom, memeriksa tujuh dakwaan serangan senjata kimia dan berkata ia kekurangan maklumat untuk menyokong dakwaan di dua lokasi lagi.

Mandat terhad pemeriksa menghalang mereka daripada mengenal pasti sama ada kerajaan atau pejuang pembebasan bertanggungjawab di atas serangan itu.

-AP/Reuters

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon