Thursday, December 12, 2013

Gambar Menarik Majlis Perkahwinan Che Ta Dan Zain Saidin


Pelakon Zain Saidin gemuruh sebelum majlis pernikahannya dengan pelakon Rozita Che Wan?


Menurut pengurus Rozita, Afeeq Iqnarcio, Zain sering 'menghilangkan diri' sebelum majlis bermula.

"Puas kami mencarinya. Rupa-rupanya, dia keluar mengambil angin untuk menenangkan diri dengan berjalan mengelilingi pusat konvensyen itu," kata Afeeq.

Taktik itu ternyata efektif.

Zain tenang ketika akad nikah itu. Hanya dengan sekali lafaz, Zain sah menjadi suami kepada kekasih hatinya, Rozita, 40 tahun di Gazebo Pusat Konvensyen Setia Alam di Shah Alam pada Rabu malam.

Rozita atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta menerima mas kahwin sebanyak RM9,300, wang hantaran RM23,000 berserta sembilan dulang yang dibalas sembilan dulang oleh pihak Zain.

Saksikan gambar-gambar menarik sekitar majlis perkahwinan Che Ta Dan Zain Saidin.

Pasangan suami isteri Zain Saidin dan Rozita Che Wan.

Ayu dan anggun. Rozita tampak tenang ketika 
majlis pernikahannya dengan Zain Saidin.

Ibu Zain, Aishah Saidin menyarungkan cincin pada Rozita.

Zain dan putera Rozita, Ammar Effendi dan Aniq Ezzra.

Keluarga Zain (dari kiri) kakaknya Shasha, 
ibunya Aishah dan bapanya Mohd Saidin.

Keluarga Zain meluangkan masa bergambar dengan pasangan pengantin.

Kaum keluarga dan rakan-rakan artis sempat meluangkan 
masa bergambar bersama-sama pasangan pengantin.

Inai manis dijari ditaja oleh My Beautiful Henna.

Tahniah Zain dan Che Ta! Semoga perkahwinan 
ini kekal sehingga ke akhir hayat..Amiin..

Sumber: My.entertainment.yahoo

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon