Saturday, December 28, 2013

Bekas Penyanyi Terkenal Kumpulan Raihan Jadi Penyanyi Jalanan!


Mungkin si lelaki berkopiah mirip Nazrey Johani ini adalah pelanduk dua serupa! Mana mungkin, bekas anggota Raihan yang terkenal sekitar 1990an itu menjadi penyanyi jalanan pula!

Nazrey Johani Jadi Penyanyi Jalanan

Dia mengesat peluh dan bajunya basah sambil menyanyikan lagu-lagu popular daripada kumpulan Raihan, sahlah itu memang Nazrey Johani!

Nun dibawah kanopi, anak-anak dan isterinya berteduh di bawah panas membahang ketika Nazrey terus menyanyi.

Ada dua biji tabung di kiri dan kanannya. Selepas menyanyi satu dua lagu, Nazrey berceloteh bagi memaklumkan pihaknya sedang mencari dana untuk membina dua buah sekolah tahfiz di Negeri Bawah Bayu, desa kelahirannya di Sabah.

At-Tahfiz Bayu Syuhadah sedang dibina di Kampung Bitoong dan Matupang di Daerah Ranau, Sabah.

"Berilah sumbangan seikhlasnya! Semoga Allah membalasnya!" rayu Nazrey.

(Baca: Bolehkah Roh Suami Meniduri Isteri Yang Masih Hidup?)

Sambil berbual-bual, Nazrey terus menyanyi lagu nasyid yang pernah dipopularkan suatu ketika dulu, 'Allahu'. Pengunjung semakin ramai menghulurkan derma, RM1, RM5 dan RM10.

Dana yang dicari melalui persembahan percuma di pasar-pasar tani dan pasar malam memang tidak mencukupi tetapi Nazrey percaya Allah akan membantunya selagi dia berusaha.

Dia juga yakin masyarakat Islam di Malaysia akan bersama-sama menyumbang bagi merealisasikan impiannya itu. Itulah saja cara terbaik lagi halal yang dapat dilakukannya.

Nazrey sedar kos bagi membina kedua-dua sekolah tahfiz itu di tanah seluas 30 ekar itu bakal menelan belanja yang besar tetapi dia tidak mahu mengalah. Dia percaya Tuhan akan merestui niatnya untuk melihat kewujudan dua buah pusat tahfiz itu menjadi kenyataan.

Sejak 2009 lagi, Nazrey sebenarnya sudah memulakan langkah merealisasikan impiannya dengan mengadakan Tours De' Tahfiz Concert melibatkan persembahan di pusat-pusat pengajian tinggi.

Bagaimanapun, dana yang dikumpulkan masih jauh daripada mencukupi. Dia tidak berputus-asa disamping doa dan tawakal, usaha berterusan perlu dilakukan biarpun dia berseorangan dalam menjalankan kerja-kerja dakwah ini. Dia tahu hanya dengan bekerja dan bersungguh-sungguh segala impiannya akan tercapai.

Setelah empat tahun berlalu, dana yang dicari masih jauh daripada sasaran tetapi Nazrey tetap nekad. Dia mesti terus berusaha biarpun terpaksa berhujan dan berpanas.

Dia buangkan segala perasaan malu. Biarpun dia seorang selebriti, bekas penyanyi kumpulan Raihan yang terkenal tetapi demi dakwah, dia harus berusaha tanpa jemu.

Dia bergerak bersendirian bersama keluarga menjelajah pasar tani seluruh negara bagi meneruskan pencarian dana tahfiz yang diimpikannya. Sejak mengundurkan diri daripada kumpulan Raihan, impiannya tidak pernah padam.

Impiannya sudah terlalu lama untuk mengasaskan sebuah kampung tahfiz di tanah kelahirannya di Sabah. Nazrey tahu jika dia tidak melakukannya, siapa lagi hendak diharapkan.

(Baca: Tanda-tanda Hati Yang Mati Dan Cara Untuk Merawatnya)

Sekolah tahfiz bagi menampung anak-anak belajar Al-Qur'an dan ilmu agama amat perlu didaerahnya.

Dia berazam untuk menghidupkan semula suasana pembelajaran agama dan menghafaz Al-Qur'an untuk anak-anak bangsanya.

"Doakan saya berjaya!" katanya.

Mari kita sama-sama mendoakan semoga impian Nazrey tercapai. Amiin.

Untuk info selanjutnya, bolehlah melayari blog Nazrey di SINI.

-Sentiasapanas.com

1 comment

  1. Assalammualaikum...sentiasa panas,

    mselim3 ziarah sini..mselim3 ingat nak bantu lah saudara Nazrey bekas raihan nie tolong promote utk dia kumpul dana utk bina madrasah kat tpt dia . Apa kata sentiasa panas?

    mselim3

    pls: pape nanti mselim3 visit sini nak tahu jawapan..

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon